BEBERAPA jalan dan lorong sekitar Chinatown akan ditutup bagi perasmian acara Sambutan Tahun Baru Cina Chinatown 2016 pada Sabtu (16 Jan).
Ini termasuk bahagian-bahagian New Bridge Road, Eu Tong Sen Street dan South Bridge Road, serta Keong Saik Road, Temple Street, Smith Street dan Sago Lane.
Jalan-jalan itu akan ditutup pada pelbagai pengaturan masa, dengan kebanyakannya bermula dari 8 malam Khamis (14 Jan) hingga 2 pagi Jumaat, atau 2 petang Sabtu, umum polis dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Di samping itu, Masjid Street akan ditukar kepada jalan dua arah dari 2 pateng hingga 11 malam pada Sabtu.
Bas SBS Transit dan SMRT yang melalui jalan terjejas akan dialihkan semasa penutupan jalan. Akses ke jalan-jalan itu akan diberi hanya kepada polis dan kenderaan kecemasan.
Meletak kenderaan dihadkan sepanjang jalan-jalan yang ditutup dan kenderaan yang didapati diletak sewenang-wenangnya atau menyebabkan halangan akan ditunda, kata polis.
Sambutan anjuran Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kreta Ayer-Kim Seng itu berakhir pada 8 Mac, hari pertama Tahun Baru Cina pada 8 Februari.
Orang ramai boleh menghubungi pihak penganjur di telefon nombor 9391-0198 bagi sebarang pertanyaan mengenai penutupan jalan raya.