SATU kempen baru demi menggalak dan mendekati para pemandu agar meletak kenderaan di tempat meletak kereta yang disediakan di Tiong Bahru dilancarkan semalam.
Kempen 'Is this your grandfather's road?' (Adakah ini jalan datuk kau?) itu adalah sebahagian daripada gerakan kebaikan Jawatankuasa Penduduk (RC) Seng Poh.