Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan jauh hasilkan ganjaran manis - anugerah cemerlang

Upacara penyampaian diploma Politeknik Singapura (SP) bermula semalam dan akan berlangsung hingga 10 Mei. BERITA HARIAN memaparkan tiga lulusan yang meraih keputusan cemerlang dalam kalangan kohort mereka dan dianugerah pingat pengiktirafan pencapaian mereka.
ITE
May 06, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN menjalani laluan pengajian lebih panjang, beliau tidak pernah menyesali keputusannya itu.



Ini kerana ganjarannya manis - Encik Izzat Mahmad, 22 tahun, menjadi antara pelajar cemerlang di Politeknik Singapura dan menerima Pingat Emas Tay Eng Soon pada upcara penyampaian diploma.



Pingat itu dianugerahkan kepada pelajar SP daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pengajian mereka.



"Saya sungguh berterima kasih kerana dicalonkan bagi anugerah itu, apa lagi apabila mendapat tahu saya terpilih untuk menerimanya," ujar Encik Izzat.



Apabila memasuki ITE Kolej West dalam kursus kejuruteraan mekatronik dulu, beliau sering didorong guru-gurunya supaya mencapai yang terbaik.



"Guru saya menggalak saya melibatkan diri dalam pertandingan dan sebagainya. Ini membolehkan saya meraih pelbagai sijil dan dari situ, saya menyedari akan minat dan potensi saya.



"Ia juga membolehkan saya mendapat tempat di politeknik," ujar Encik Izzat, yang meminati mata pelajaran Rekaan dan Teknologi (D&T) sejak di sekolah menengah.



"Dulu saya sukakan mainan tetapi sekarang saya lebih berminat mengetahui cara mainan itu berfungsi, dan seni bentuk dan rekaannya.



"Apabila di politeknik, saya memilih kursus kejuruteraan-bio kerana ketika di ITE, saya membuat pendakap lutut dan itu mencungkil minat dalam diri saya untuk membina sesuatu peralatan yang akan membantu manusia," kata kapten pasukan karate di SP itu.



Encik Izzat berkata pengajian di ITE amat berbeza daripada di politeknik.



"Di ITE, pengajian lebih kepada aspek praktikal manakala di politeknik ia gabungan praktikal dan teori, tetapi penekanan berat sedikit kepada teori.



"Saya mendapati bagi diri saya, pelajaran dalam kelas harian lebih susah daripada peperiksaan sebab semasa dalam kelas saya belum memahami konsepnya," ujar Encik Izzat.



Hasil kecemerlangannya di SP, beliau ditawarkan tempat di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam jurusan kejuruteraan-bio, dan sekarang ghairah untuk menyambung pengajian mulai Ogos 2023, selepas menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



"Misi saya pada masa depan ialah mereka sesuatu alat yang dapat membantu warga tua kita.



"Ini kerana kita sekarang menghadapi masalah berkaitan pebnduduk yang semakin menua," kata Enck Izzat, yang pernah menjadi sukarelawan di sebuah rumah kebajikan orang tua untuk membantu memperbaiki kerusi roda penghuninya.



"Walaupun saya tidak perlu banyak berbicara bersama mereka kerana sibuk, saya tahu bahawa mereka menghargai bantuan saya kerana saya membetulkan dan membaikkan kerusi roda mereka.



"Dari situ, saya ingin membantu lebih ramai warga emas pada masa depan," tambah Encik Izzat, yang lebih suka membantu di balik tabir daripada menonjolkan diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >