Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Jalan pantas' bagi jemaah haji

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 120 jemaah, termasuk mereka yang akan menunaikan haji tidak lama lagi telah menyertai acara berjalan pantas di Sembawang.



Acara ini dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu (MAEC) Sembawang, M3@Woodlands, Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan disokong oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Acara itu dihadiri Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan Anggota Parlimen GRC Sembawang Cik Mariam Jaafar.



Encik Ong berkata: "Saya sangat gembira situasi Covid-19 sudah bertambah baik dan jemaah Islam Singapura boleh sambung menunaikan haji. Saya harap mereka dapat memenuhi tanggungjawab haji dengan selamat."



Menurut Cik Mariam, acara semalam ialah `bagi membantu meningkatkan daya tahan fizikal jemaah yang bakal mengerjakan haji.



Laluan jalan pantas sepanjang lima kilometer adalah untuk mencipta semula jarak antara 'Mina' dan 'Jamarat', dua tempat yang wajib dilawati sewaktu menunaikan haji.



"Aktiviti berjalan pantas adalah satu cara yang berisiko rendah dan santai untuk membantu jemaah jadi lebih cergas dan membina silatulrahim antara satu sama lain sebelum pergi menunaikan haji," kata Cik Mariam.



Para peserta memulakan acara berjalan di Kelab Masyarakat Sembawang pagi semalam dan melintasi beberapa mercu tanda warisan di Sembawang, termasuk Masjid Petempatan Melayu Sembawang dan 'Beaulieu House' di Taman Sembawang.



Ia berakhir di Masjid Petempatan Melayu dan diikuti dengan sesi di mana jemaah Islam yang sudah menunaikan haji berkongsi pengalaman dan nasihat.



Antara peserta ialah Cik Siti Zaleha Mohd Assim, 53 tahun yang bakal mengerjakan haji tahun ini.



"Saya sangat bersyukur ada inisiatif seperti ini kerana saya dapat menjaga kesihatan saya sambil menyediakan diri saya dari segi fizikal dan mental sebelum menunaikan Hajj."



Seorang lagi peserta, Encik Saini Sabtu, berkata acara ini memberi para peserta peluang mengenali jemaah Islam lain dari kumpulan haji mereka.



"Kita semua di acara ini akan pergi ke Makkah bersama-sama. Sebelum ini, saya tidak kenal sesiapa pun. Jadi saya rasa acara ini sangat bermanfaat kerana silatulrahim kita sebagai satu kumpulan haji dapat dieratkan," kata Encik Saini yang sudah bersara selama enam tahun dari Certis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >