Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan raya terjejas dek banjir kilat di barat Singapura

Mar 23, 2021 | 07:29 PM



HUJAN lebat tengah hari tadi (23 Mac) mengakibatkan banjir kilat yang menjadikan beberapa jalan raya di bahagian barat Singapura tidak dapat dilalui.



Pada sekitar 5.30 petang pada Selasa, agensi air negara PUB menulis di Facebook bahawa banjir kilat dilaporkan di Boon Lay Way dan Corporation Road, serta Enterprise Road di Jurong West.



Ia menambah bahawa pasukan tindak pantas telah dikerahkan ke kawasan yang terjejas untuk memberi bantuan, lapor The Straits Times.



Pada sekitar 5.40 petang pula, pengendali bas SBS menulis di Twitter bahawa perkhidmatan bas 252 telah diarah menukar laluan perjalanannya buat sementara, dan tidak berhenti di sembilan perhentian bas, akibat banjir tersebut.



Meskipun banjir kilat itu kebanyakannya sudah surut pada sekitar 6 petang, Agensi Sekitaran Nasional (NEA) berkata di Twitter bahawa hujan masih dijangkakan pada malam Selasa dan hujan ribut dijangka pada Rabu (24 Mac) di banyak kawasan pada sebelah petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >