Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan susur baru Halus Link-TPE dibuka 28 Nov, reda lalu lintas Punggol East

Nov 16, 2020 | 09:24 PM







SEBATANG jalan susur baru menghubungkan Halus Link dengan Ekspreswe Tampines (TPE) akan dibuka pada 28 November.



Ia akan meredakan lalu lintas sepanjang Punggol East, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya Isnin (16 November). Tanda-tanda trafik bagi membantu pemandu akan dipasang di kawasan itu.



Pembukaan jalan susur itu juga menandakan selesainya projek peluasan persimpangan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar Expressway (KPE) dan TPE, yang dibuka secara berperingkat sejak November 2018.



LTA berkata persimpangan itu akan memberi manfaat kepada penduduk Punggol dengan meningkatkan hubungan antara KPE dan TPE, dan Punggol Central, Pasir Ris Industrial Drive 1 dan Lorong Halus.



“Sejak pembukaan jalan raya secara progresif sejak 2018, keadaan lalu lintas telah bertambah baik di TPE antara Punggol Way dan KPE, dan pusat akses yang ada di bandar Punggol melalui Jalan Punggol dan Punggol East,” kata LTA.



Peluasan itu pada mulanya dijadualkan siap pada Jun tahun depan. Fasa awal peluasan tersebut meliputi pembinaan jalan raya, tiga jambatan kenderaan melintasi Sungei Serangan dan Sungei Blukar, jejambat melintasi TPE serta kerja membina longkang dan struktur berkaitan lain.



Fasa kedua merangkumi pembinaan sebuah jambatan kenderaan melintasi Sungei Serangoon, sebuah jejambat yang masing-masing melintasi KPE dan TPE, sambungan jalan dari Lorong Halus ke Pasir Ris Industrial Drive 1, dan jalan tambatan dan saluran berkaitan.



Tambahan jalan raya Punggol Central dari Punggol East ke Halus Link ialah kira-kira satu kilometer.



Projek itu sebahagian daripada projek peluasan $185 juta KPE-TPE yang bertujuan meredakan lalu lintas dan memperbaiki jalan menuju ke barat daya bandar.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >