Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan susur Holland Road ke Farrer Road ditutup sementara

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



SEBATANG jalan susur ke Farrer Road dari Holland Road dan Commonwealth Road ditutup kepada trafik sejak kelmarin.



Agensi air negara PUB, yang mengeluarkan nasihat trafik itu kelmarin, berkata ia sedang menjalankan kerja "pembaikan segera" di situ selepas satu kerosakan pada jalan raya itu dikesan.



"Jalan susur itu ditutup sementara bagi keselamatan pengguna jalan raya," kata PUB, sambil menambah bahawa kontraktornya sedang bekerja sepanjang masa untuk menyelesaikan kerja pembaikan itu secepat mungkin, bagi mengurangkan gangguan trafik.



"Kami mohon maaf bagi kesulitan yang dialami buat masa ini," kata seorang jurucakapnya semalam, tanpa memberi butiran lanjut mengenai punca kerosakan.



Pembaikan jalan raya melibatkan PUB biasanya berkaitan kebocoran saluran air bawah tanah. Namun, apabila The Straits Times pergi ke tapak itu untuk memeriksa, bahagian terlibat nampaknya kering.



Bagaimanapun, seluruh bahagian di luar projek kondominium Leedon Green ditutup dengan skrin kanvas, dan pekerja firma pembinaan Jepun Nishimatsu - kontraktor PUB - berada di situ.



Situasi itu menyebabkan trafik berpanjangan semasa waktu sesak lewat petang kelmarin. Bahagian jalan raya itu menuju ke Lornie Highway, yang biasanya sesak pagi dan lewat petang.



Pengguna jalan raya dari Holland dan Commonwealth boleh mengelakkan halangan itu dengan menggunakan Napier Road arah ke Cluny Road dan masuk semula ke Lornie Highway.



Mereka juga boleh ke Orchard Road dan menggunakan Stevens Road atau Newton Road bagi mengelak Lornie Highway.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >