Jalan tambahan di PIE ke Jewel
Mar 21, 2019 | 05:30 AM
SEBATANG jalan telah ditambah pada Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Airport Boulevard menjelang pembukaan Jewel Lapangan Terbang Changi.
Penambahan jalan susur itu akan membentuk laluan ketiga sekali gus menempatkan semula Jalan Susur Keluar 1 yang bakal terletak lebih jauh dari lapangan terbang tersebut.