Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalani latihan reformatif kerana cabul kehormatan dua wanita semasa ikat jamin

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



SEORANG belia yang mencabul kehormatan dua wanita semasa bebas dengan ikat jamin kerana mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 12 tahun, telah diarah menjalani latihan reformatif sekurang-kurangnya setahun, semalam.



Ini bermakna Ahmad Harith Wan Razali akan ditahan di sebuah pusat dan akan perlu mematuhi rejim ketat, termasuk latihan jalan kaki dan kaunseling, lapor The Straits Times.



Warga Singapura berusia 20 tahun itu mengaku bersalah pada November tahun lalu atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan satu tuduhan menghina kehormatan seorang wanita.



Nama mangsa tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah demi melindungi identiti mereka.



Ahmad telah mengekori budak perempuan berusia 12 tahun itu ketika dia sedang berjalan pulang ke rumah dari stesen MRT Eunos pada 27 Februari tahun lalu.



Mereka memasuki lif di blok budak perempuan itu dan Ahmad berdiri di belakangnya. Dia kemudian mencangkung untuk mengintai bawah skirtnya.



Budak perempuan itu terperasan apa yang dilakukan Ahmad menerusi bayang di cermin dalam lif. Oleh sebab tidak rasa selesa, budak itu mendekatkan dirinya ke pintu lif.



Ahmad kemudian menyentuh punggung budak itu dua kali dan meminta maaf apabila budak itu menoleh untuk memandangnya.



Budak itu kemudian bergegas pulang ke rumah apabila pintu lif dibuka dan memberitahu ibunya tentang perkara itu.



Polis dimaklumkan tentang kejadian itu dan Ahmad didakwa di mahkamah daerah pada 3 Mac tahun lalu.



Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin tetapi melakukan kesalahan lagi tidak lama selepas itu.



Pada 8 Julai tahun lalu, dia mencabul kehormatan seorang wanita berusia 26 tahun apabila mereka berada di dalam lif.



Pada bulan berikutnya, dia mengambil gambar bawah skirt seorang wanita berusia 22 tahun menggunakan telefon bimbitnya.



Tiga bulan kemudian pada 7 November, dia mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun di dalam bas.



Bagi kesalahan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak bawah usia 14 tahun, pesalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan didenda atau disebat.



Bagi kesalahan menghina kehormatan seorang wanita, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >