Jalin hubungan dengan sekolah SAP, sertai peraduan kebangsaan
Jul 29, 2019 | 05:30 AM
MADRASAH Al-Ma'arif Al-Islamiah telah melaksanakan beberapa usaha untuk merangsang pembangunan menyeluruh pelajar dan meluaskan rangkaian hubungannya dengan masyarakat.
Antara lain, mereka menjalin kerjasama dengan Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama), yakni sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP), untuk memupuk persahabatan dan persefahaman budaya dalam kalangan pelajar.