Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalin kerjasama dengan Enterprise SG luas niaga di peringkat antarabangsa

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 ini telah menyaksikan perkembangan pesat sektor e-dagang dan syarikat kecil dan sederhana (SME) perlu mengambil peluang yang ada untuk mempertingkatkan lagi perniagaan mereka.



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semalam yang turut menggalak syarikat SME ini untuk bekerjasama dengan Enterprise Singapore (ESG) bagi membuka peluang memperluaskan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.



Beliau memberi contoh firma teknologi logistik Janio Asia, yang telah menggunakan khidmat ESG dengan baik untuk mendapatkan peluang baru.



Hasil sokongan Enterprise Singapore, syarikat syarikat tempatan yang ditubuhkan pda 2018 itu berupaya menjalin rangkaian niaga dan merebut peluang di rantau Asia dan Asia Tenggara, terutama di Indonesia.



"Mengembangkan perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah.



"Janio, penyedia perkhidmatan logistik rentas sempadan tempatan kami sendiri, telah menunjukkan bagaimana perniagaan Singapura boleh berkembang maju.



"Dengan sedikit bantuan daripada ESG, ia telah menubuhkan lebih daripada 120 lorong perdagangan merentasi 10 sumber utama dan negara dalam tempoh singkat selama tiga tahun," kata Puan Halimah dalam satu catatan Facebook selepas lawatannya ke gudang Janio di Space@Tampines.



Semasa lawatan itu, Puan Halimah telah diberi taklimat tentang operasi Janio tersebut dan perkembangan baru yang dilakukan syarikat tersebut.



Pada masa yang sama beliau juga sempat bertemu beberapa kakitangan syarikat itu.



Janio menggajikan lebih 150 pekerja bagi operasinya di Singapura yang juga telah diberi peluang untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka.



Dalam pada itu menurut Puan Halimah lagi, Janio merupakan contoh SME yang menggunakan teknologi untuk mengambil kesempatan e-dagang yang sedang pesat di rantau Asia Tenggara.



"Kita melihat bagaimana mereka menggunakan automasi. Ia digunakan untuk mengurangkan tenaga kerja dan ia juga dapat digunakan untuk membezakan barangan yang mereka ada," tambah beliau.



Puan Halimah dapat menyaksikan sendiri bagaimana syarikat itu memanfaatkan Robot Zippy yang menyusun bungkusan ke dalam pelungsur pengedaran untuk penghantaran di sekitar Singapura.



Tempat pengasingan Janio dan Robot Zippy mampu memproses lebih daripada 20,000 bungkusan setiap hari untuk pengedaran tempatan.



"Sungguh menarik melihat bagaimana Robot Zippy beraksi, mempamerkan penyepaduan teknologi yang lancar ke dalam operasinya.



"Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Janio kerana ia meningkatkan tahap yang lebih tinggi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >