Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Jamal bawa penonton susuri jalan kenangan dalam konsert di Esplanade

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



SUARA lemak merdu bintang legenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, menjadi santapan halwa telinga ribuan peminatnya di ambang sambutan Tahun Baru 2023 semalam.



Jamal, 64 tahun, membawa mereka menyusur jalan kenangan dengan 17 lagu hit sepanjang kerjaya seni selama 50 tahun dalam satu konsert menggamit memori, Aku Jamal... Perjalananku di Dewan Konsert Esplanade.



Segalanya bermula apabila beliau memenangi peraduan Bintang RTM pada 1979.



Malam ini, bapa lima anak yang menanti kelahiran cahaya mata selanjutnya Mei ini akan turut menghiburkan ramai dalam persembahan sempena Tahun Baru itu.



Awalnya, hanya satu persembahan dirancang pihak Esplanade – Teater Di Persisiran bagi Jamal yang dikenali kerana lagu balada pop, Kekasih Awal Dan Akhir, Sepi Seorang Perindu dan Seniman Menangis.



Menyusuli sambutan menggalakkan hadirin sehingga tiket bagi konsert 1 Januari cepat laris, pihak Esplanade mengadakan satu lagi sesi konsert semalam.



Turut berbesar hati dapat mengiringi Jamal bagi persembahan semalam adalah penyanyi Singapura, Aisyah Aziz, 28 tahun.



Beliau mengembalikan nostalgia filem ‘pecah panggung’ Azura yang menempatkan Jamal sebagai pelakon utama menerusi lagu duet Sandarkan Pada Kenangan yang pernah dipopularkan Jamal dan Ogy Ahmad Daud dengan versi susulan bersama Siti Sarah Raisuddin.



Gandingan Jamal dan Aisyah juga kedengaran bagi lagu asal Jamal dan Francissca Peter, Kehebatan Cinta.



Sebelum meninggalkan 2022 yang pastinya penuh suka duka, Aisyah turut membawakan lagunya sendiri yang sudah distrim lebih 616,500 kali di Spotify, Mimpi.



Menurut Aisyah, impian bekerjasama dengan Jamal, yang merupakan antara penyanyi yang digemarinya, tercapai.



Sebelum ini, beliau sering mendendangkan lagu bintang tersebut bersama bapanya menerusi sesi karaoke mereka.



Sepanjang sejam setengah, orang ramai dibuai dengan lagu malar segar Jamal seperti Azura, Ghazal Untuk Rabiah dan Kepadamu Kekasih.



Antara yang dikongsi termasuk kisah bagaimana dirinya terjebak menjadi pelakon pada 1984 menerusi filem Azura walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang pemalu dahulu.



“Saya masih ingat betapa pemalunya saya tetapi penerbit menawarkan peranan utama buat saya ketika itu setelah mengecap tahap populariti.



“Malah ketika saya merakam lagu di studio sekitar Serangoon di Singapura pun, saya malu sangat apabila ramai gadis datang bawa kek nak jumpa saya. Entah di mana mereka sekarang. Dah bercucu agaknya,” selorohnya.



Jamal mengakhiri konsert semalam dengan mendoakan kesihatan peminatnya yang bersamanya selama lima dekad.



Kata peminatnya, Cik Hidayah Winda Aziz, 45 tahun, suri rumah:



“Banyak kenangan zaman muda remaja muncul di fikiran mendengar lagu Datuk Jamal. Ia konsert pengakhiran 2022 paling menghiburkan.”




"Banyak kenangan zaman muda remaja muncul di fikiran mendengar lagu Datuk Jamal. Ia konsert pengakhiran 2022 paling menghiburkan."
- Cik Hidayah Winda Aziz, 45 tahun, suri rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >