Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Jamal Kazura manfaat digital, agar terus dekati pelanggan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamal Kazura manfaat digital, agar terus dekati pelanggan

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



PELANGGAN kedai minyak wangi Jamal Kazura Aromatics datang dari pelosok dunia.



Sayangnya, syarikat berusia 85 tahun itu tidak pernah mengambil butiran pelanggan bagi membolehkan ia terus berinteraksi dengan mereka.



Semuanya berubah sejak syarikat tersebut menyertai rombakan digital di Kampong Gelam.



Sejak April lalu, kedai itu melaksanakan sistem penjualan bersepadu yang membolehkannya menguruskan akaun dan hubungan pelanggan.



"Ramai pelanggan kami yang datang dari jauh seperti Jepun, Eropah, China dan Korea Selatan tetapi kami tidak dapat berhubungan dengan mereka.



"Tetapi, dengan sistem ini, ia disepadukan dengan sistem keanggotaan digital yang membolehkan kami mendapatkan alamat e-mel dan nombor telefon, membolehkan kami berhubungan dan menawarkan tawaran istimewa kepada mereka,'' ujar pemilik generasi ketiga kedai itu, Encik Samir Kazura, 35 tahun.



Kedai minyak wangi yang dimulakan Allahyarham datuknya pada 1933, kini diuruskan beliau dan bapanya, Encik Jamal Kazura.



Dengan sistem itu juga, syarikat tersebut dapat mengetahui minyak wangi apa yang laris atau tidak menguntungkan.



Jika tahu minyak wangi itu tidak laku, beliau boleh mengambil langkah meniadakannya.



Dengan mengetahui cita rasa pelanggan berdasarkan jenis minyak wangi yang dibeli, Encik Samir boleh membancuh minyak wangi khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.



Encik Samir berkata bapanya pada mulanya agak keberatan dengan teknologi baru itu tetapi setelah mencuba dan melihat keberkesanannya, Encik Jamal Kazura tidak sabar melaksanakan teknologi digital yang lain.



Terdorong dengan pertanyaan yang bertambah, Jamal Kazura Aromatics merancang membuka laman e-dagang akhir tahun ini bagi memudahkan pelanggan dari dalam dan luar negara terus membeli minyak wangi tidak kira di mana mereka berada.



Jamal Kazura Aromatics juga turut serta dalam aplikasi Locomole yang memudahkan pengunjung mengetahui lokasi kedai itu menggunakan realiti maya (augmented).



Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) sedang bekerjasama dengan agensi pemerintah seperti Enterprise Singapore (ESG) bagi menyediakan sokongan pembiayaan agar teknologi itu dimampui peniaga.



Pegerusi Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SME Centre@SMCCI), Encik Azhar Othman berkata pusat SME itu memainkan peranan penting dalam melengkapi peniaga dengan latihan yang bersesuaian bagi menggunakan teknologi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >