Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Jambatan baru Villa Verde di Choa Chu Kang dibuka, kemudahan riadah lain susuli

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jambatan baru Villa Verde di Choa Chu Kang dibuka, kemudahan riadah lain susuli

Apr 17, 2021 | 06:14 PM

LEMBAGA Taman Negara (NParks) membuka jambatan Villa Verde baru di Choa Chu Kang pada Sabtu (17 April) dan mengumumkan kemudahan baru bagi mempertingkat akses dan peluang riadah buat penduduk di kawasan tersebut.

Ini termasuk Penghubung Taman (PC) Stagmont dan laluan bawah di sepanjang PC Pang Sua yang bakal dibuka Jun ini.

PC Villa Verde pula dijangka siap menjelang pertengahan 2022.

Pembukaan jambatan baru, laluan bawah dan penghubung taman akan menghubungkan ruang riadah hijau yang besar seperti PC Pang Sua, Taman Villa Verde serta ruang tambahan barunya, Koridor Rel dan Taman Choa Chu Kang, menurut NParks dalam kenyataan yang dikerluarkan pada Sabtu (17 April).

Selain itu, NParks juga mengumumkan rancangan menambah ruang sebesar 1.1 hektar kepada Taman Villa Verde yang kini sebesar 0.9 hektar.

Ini lantas menjadikan saiz taman tersebut lebih dua kali ganda.

“Usaha ini adalah bagi lebih menyepadukan alam semula jadi ke dalam ruang bandar kita dan mempertingkat kesambungan ekologi serta rekreasi akan menyumbang kepada visi NParks iaitu Bandar dalam Alam Semula Jadi,” katanya.

Memberi butiran lanjut, NParks berkata proses rekaan ruang tambahan taman itu mengambil kira maklum balas serta saranan masyarakat yang terdiri daripada penduduk Villa Verde mahupun Friends of Rail Corridor.

Terletak di bawah Ekspreswe Kranji (KJE), ruang tambahan itu terhubung dengan Taman Villa Verde sedia ada menerusi jambatan Villa Verde yang baru di atas terusan  Pang Sua.

Bagi meraikan pembukaan ciri-ciri baru di Villa Verde, Menteri Pendidikan yang juga penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kesihatan yang juga penasihat GRO GRC Choa Chu Kang, Encik Gan Kim Yong menanam pokok Tristaniopsis merguensis .

Bersama penduduk Villa Verde, hampir 40 pokok pelbagai jenis ditanam sebagai sebahagian gerakan OneMillionTrees dalam memperluas kehadiran alam semula jadi dalam landskap bandar Singapura dan bantu menjadikan negara ini lebih berdaya tahan dalam menghadapi kesan pembandaran serta perubahan iklim.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3