Jambatan Batam roboh: Zaqy lawat kakitangan Mendaki yang cedera

TIMBALAN Pengerusi Yayasan Mendaki Zaqy Mohamad telah menziarahi dua kakitangan badan bantu diri itu yang cedera menyusuli kejadian jambatan roboh di Batam semalam (8 Nov).

Mereka merupakan antara kakitangan Mendaki yang hendak bergambar di atas jambatan tersebut semasa menghadiri rahat di Montigo Resorts Nongsa di Batam sebelum ia roboh kelmarin.

Menerusi laman Facebook beliau, Encik Zaqy berkata kakitangan yang cedera itu tetap tabah dan positif walaupun ditimpa kemalangan ini.

Mereka sedang dirawat di Hospital Besar Changi (CGH).

“Salah seorang daripada mereka baru sahaja menjalani pembedahan kerana patah pergelangan kaki dan sedang beransur pulih.

“Seorang lagi sedang dipantau. Saya yakin CGH akan merawat mereka dengan baik dan saya harap kedua-dua rakan kerja kami akan kembali pulih tidak lama lagi,” ujarnya.