Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jambatan roboh di Batam: Masagos luah keprihatinan

Nov 08, 2019 | 02:42 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos meluahkan keprihatinannya berkenaan insiden jambatan roboh di Batam yang turut menjejas 26 kakitangan Yayasan Mendaki.



Dalam pos di Facebook, Encik Masagos, yang kini berada di Arab Saudi atas lawatan Presiden ke sana, berkata beliau prihatin mendengar bahawa kakitangan Mendaki terlibat dalam kejadian yang berlaku semalam itu.



"Saya kini berada di Arab Saudi, dan amat terkesan bila mendapat berita bahawa 26 kakitangan Mendaki tercedera dalam kemalangan di Batam semalam. 



"Mendaki akan memberi segala bantuan dalam memastikan kebajikan kakitangan yang cedera terpelihara. Semoga mereka cepat sembuh, insyaallah," tulis beliau dalam pos tersebut.



Kesemua 26 kakitangan Yayasan Mendaki itu sudah pun selamat sampai ke tanah air tengah hari tadi.



24 daripada mereka mengalami kecederaan ringan. 



Dua yang lain telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut di Singapura.



Mereka merupakan antara 100 anggota yang telah menghadiri rahat di Montigo Resorts Nongsa di Batam sejak semalam dan dijadual untuk pulang petang ini.  



"Semoga insiden ini tidak menghambat semangat MENDAKI untuk terus berbakti dengan cemerlang kepada masyarakat," tambah Encik Masagos. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >