Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN 2021

Jaminan AS Aukus sokong Asean sebagai teras, keamanan dan kestabilan dialu-alu: PM Lee

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA menyambut baik jaminan Amerika Syarikat bahawa pakatan pertahanan tiga hala Aukus - Amerika, Australia dan Britain - akan menyokong pendekatan Asean sebagai teras dan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Beliau juga mengalu-alukan pengumuman Amerika akan menyumbang AS$102 juta ($137 juta) dalam inisiatif baru untuk meluaskan kerjasamanya dengan Asean, dengan dana itu disalurkan kepada program kesihatan, iklim, ekonomi dan pendidikan.



Encik Lee berkata demikian sempena sidang puncak maya AS-Asean kelmarin, yang dihadiri pemimpin blok kumpulan itu dan Presiden Amerika, Encik Joe Biden - kali pertama dalam empat tahun Washington diwakili pemimpin tertingginya untuk bertemu blok Asia Tenggara itu.



Mengenai Aukus, beberapa negara Asean, khususnya Indonesia dan Malaysia, kurang bersetuju apabila AS mengumumkan baru-baru ini perjanjiannya dengan Britain untuk membekalkan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear.



Namun, duta Amerika di Jakarta menegaskan ketiga-tiga sekutu itu menghormati sepenuhnya Asean, dan pakatan itu tidak menimbulkan ancaman kepada kestabilan serantau dan tidak ditujukan terhadap mana-mana negara.



Di sidang itu, Encik Lee berkata Amerika telah menyumbang besar selama beberapa dekad kepada keselamatan dan kestabilan rantau ini, yang membawa kepada keamanan dan kemakmuran bagi banyak negara.



Encik Lee juga berkata Amerika sumber terbesar pelaburan asing di Asean tahun lepas, dengan pelaburan hampir AS$35 bilion.



Amerika juga telah menghantar lebih 30 juta dos vaksin Covid-19 ke rantau ini, menyumbang AS$500,000 kepada dana respons pandemik Asean, dan menubuhkan pejabat cawangan Asia Tenggara Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika di Hanoi.



"Melangkah ke depan, Asean dan AS harus meluaskan kerjasama ke bidang bukan tradisional, termasuk infrastruktur digital, keselamatan siber dan perubahan iklim," kata Encik Lee.



Sementara itu, semasa sidang puncak Asean-China kelmarin, yang turut dihadiri Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, Encik Lee berkata Asean dan China mesti menggandakan usaha memulihkan kegiatan ekonomi dan hubungan antara rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.



Sedang program vaksinasi diperluas, perjalanan rentas sempadan mesti disambung secara beransur-ansur dan selamat, melalui ketersambungan penerbangan lebih baik dan pengiktirafan bersama sijil kesihatan.



Encik Lee berkata Singapura menyambut baik kenyataan bersama Asean-China mengenai kerjasama dalam menyokong Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif, yang menyelia pemulihan serantau yang mampan daripada pandemik itu.



Terdapat 185 inisiatif di bawah rangka kerja tersebut, merangkumi strategi dalam kesihatan, keselamatan, penyepaduan ekonomi dan transformasi digital.



Encik Lee juga menarik perhatian bahawa tahun ini ulang tahun ke-30 hubungan dialog Asean-China, dengan perkongsian itu berkembang dengan baik selama ini.



Tahun lalu, Asean menjadi rakan dagangan utama China buat kali pertama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >