Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jamiyah agih lebih banyak bantuan tahun ini

Mar 23, 2021 | 05:30 AM

PERMINTAAN untuk bekalan makanan dari para penduduk yang terjejas oleh pandemik Covid-19 telah meningkat tahun ini, sekaligus menyebabkan simpanan stok berkurang di Bank Makanan Jamiyah Singapura.

Jumlah keluarga yang meminta bantuan makanan tahun ke tahun naik 79 peratus kepada 866 pada Disember tahun lalu, dan terus meningkat kepada 920 bulan lepas.

Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Operasi Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin, menjangka ramai keluarga akan memerlukan bantuan habuan makanan tahun ini meskipun ekonomi negara dijangka pulih.

"Walaupun ekonomi sedang kembali pulih dari pandemik secara perlahan, ia akan mengambil masa untuk penerima bantuan kami untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka," katanya kepada akhbar The Straits Times.

Jamiyah mengagihkan pek habuan makanan setiap dua bulan, yang berisi barangan seperti beras, minyak masak, sardin dalam tin dan makanan bijirin.

Badan kebajikan itu telah mengadakan satu acara menderma Ahad kelmarin di mana penderma boleh memberikan barangan yang didermakan secara pandu lalu, dalam satu kempen untuk mengumpul barangan di bank makanan itu.

Lebih dari 420 kenderaan telah mendermakan barangan makanan di sana sehingga jam 6 petang kelmarin, dan barangan tersebut telah disusun para pegawai supaya penerima akan menerima jumlah makanan yang sama apabila siap untuk diagihkan kepada mereka.

Bank Makanan Jamiyah masih menerima barangan makanan selepas acara ini tamat.

Mereka yang ingin menderma wang pula boleh melakukan demikian menerusi wadah menderma dalam talian badan itu yang akan dibuka minggu hadapan.

Kata Encik Jaffar: "Para pegawai kami dari Jabatan Jangkauan dan Pembangunan Masyarakat akan berkomunikasi rapat dengan penerima untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah jangka panjang lebih baik yang boleh diambil supaya pihak Jamiyah boleh membantu mereka untuk berdikari pada masa hadapan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3