Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah, akar umbi West Coast lancar pusat khidmat masyarakat

May 08, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH pusat perkhidmatan bersepadu sehenti yang memberi tumpuan terhadap menyediakan bantuan catuan makanan dan membawa khidmat masyarakat ke rumah mereka yang memerlukan di daerah West Coast dilancarkan pada Ahad.



Jampacked@West Coast yang merupakan usaha bersama Jamiyah Singapura dan pertubuhan akar umbi (GRO) West Coast turut menyediakan khidmat rujukan dan maklumat kepada masyarakat.



Majlis pelancaran tersebut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.



Pusat tersebut menempatkan bank makanan mini masyarakat, yang mengandungi barangan termasuk makanan segar seperti buah dan sayur, makanan ruji seperti beras dan mi, selain snek seperti milo dan biskut.



Penerima bantuan yang layak akan menerima sebuah kad yang mengandungi kredit bulanan bernilai $50 bagi setiap keluarga, yang boleh digunakan untuk 'membeli' barangan daripada bank makanan mini tersebut.



Dengan melakukan ini, Jampacked@West Coast memperkasa penerima bantuan untuk memilih dan 'membeli' barang yang mereka perlukan, menurut Jamiyah Singapura.



Pusat tersebut juga akan menempatkan mesin layan diri (vending machine) yang menyediakan makanan halal panas bagi penerima bantuan dalam masa terdekat ini.



Melebihi itu, pusat tersebut akan melengkapi khidmat masyarakat sedia ada dengan menjalankan program pemerkasaan serta yang tertumpu kepada keluarga, antaranya berkenaan keibubapaan, perkahwinan, ibu tunggal, selain bimbingan akademik bagi kanak-kanak dan belia.



Ini bertujuan memberi keluarga kemahiran yang diperlukan serta wadah untuk berkongsi.



Menurut Naib Presiden 1 dan Ketua Pegawai Operasi Jamiyah Singapura, Encik Jaffar Mydin, kawasan West Coast mempunyai banyak keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.



Justeru, mereka telah melakar dan menawarkan program bantuan dan pembangunan keluarga yang menyasarkan dan memberi manfaat kepada keluarga sedemikian, para ibu-bapa muda dan belia.



"Khidmat masyarakat seperti Jampacked@West Coast ini penting kerana ia menjangkau golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan dan memudahkan mereka untuk mendapatkan bantuan dan khidmat masyarakat berdekatan dengan rumah mereka. Khidmat masyarakat sebegini juga menekankan keberkesanan yang dapat dicapai melalui kerjasama dan kolaborasi antara badan-badan seperti Jamiyah Singapura dan akar umbi dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan," katanya.



Jampacked@West Coast merupakan pusat kedua seumpamanya menyusuli penubuhan Jampacked@Bukit Batok pada September 2021. - NUR HUMAIRA SAJAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >