Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah catat rekod agih 8,700kg daging korban kepada lebih 2,500 keluarga

Dec 21, 2020 | 05:30 AM



SEMPENA Aidiladha 31 Julai lalu, Jamiyah Singapura menumbangkan 1,036 lembu dan kambing di Australia.



Hasilnya, mereka meraih daging korban 8,750 kilogram yang kemudian diterbangkan ke sini Ogos lalu.



Daging itu disejukbekukan lalu disimpan dalam Bank Makanan Jamiyah di Tannery Lane, MacPherson, sebelum diedarkan menerusi tujuh acara pengagihan.



Sejak Ogos hingga pengagihan ketujuh dan juga terakhir Jamiyah semalam, mereka sudah berkongsi daging korban dengan 736 penerima bantuannya serta keluarga di bawah pertubuhan kebajikan lain.



Secara keseluruhannya, sebanyak 2,597 keluarga memerlukan telah menerima daging korban tersebut.



Hal ini bermakna upacara korban tahun ini merupakan pengagihan terbesar dalam sejarah Jamiyah, ujar Naib Presiden II Jamiyah Singapura Mohd Yunos Mohd Shariff.



"Kami terharu dan menghargai sokongan berterusan yang diterima daripada orang ramai dan rakan kerjasama terhadap usaha pengagihan daging ini.



"Memandangkan sambutan masyarakat baik saban tahun, kami kini merancang cara menambah jumlah dan memperkukuh usaha ini buat masa depan.



"Hal ini lebih-lebih lagi ketara apabila jumlah pemohon bantuan meningkat dengan banyaknya ekoran penularan wabak Covid-19," ujar Encik Yunos ketika diwawancara Berita Harian semalam.



Pengagihan daging korban semalam telah diadakan di Central Plaza, Our Tampines Hub, bermula 11.45 pagi.



Sebanyak 230 keluarga menerima bungkusan daging yang mana 150 merupakan daging kambing manakala baki 80 merupakan daging lembu.



Acara tersebut dihadiri Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, yang juga penasihat akar umbi bahagian Tampines Central Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Tampines.



Menurut kenyataan Jamiyah, usaha tersebut menyatukan pelbagai rakan kerjasama, daripada dunia korporat dan kemasyarakatan kepada relawan dengan latar belakang berlainan, agar sama-sama menjayakan acara amal itu.



Acara pengagihan turut menjadi wadah Jamiyah dan relawan GRO Tampines mendekati penerima bantuan untuk memahami keperluan dan cabaran yang mereka hadapi.



"Pengagihan daging ini diharap mampu membawa secebis keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan membina masyarakat lebih inklusif.



"Acara ini juga memperkukuh jalinan dalam masyarakat serta menjadi pemangkin rangkaian sokongan akar umbi Tampines bagi keluarga berisiko.



"Usaha ini bukan sahaja menjadi teladan bagi menyumbang kepada masyarakat bahkan menonjolkan sikap saling membantu pada masa sukar," ujar kenyataan Jamiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >