Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah mahu sedia khidmat paliatif, hospis

Hasbi: Usaha pastikan badan terus relevan, berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan
May 29, 2017 | 05:30 AM



Jamiyah Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-85 tahun ini. Apakah rancangan dan harapan badan itu bagi masa depannya? Ikuti wawancara IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg) bersama Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar.



JAMIYAH Singapura merancang memperluas perkhidmatannya dalam penjagaan warga emas, dengan menambahkan khidmat paliatif dan hospis kepada programnya.



Ia mahu membangunkan satu kemudahan baru untuk menawarkan dua perkhidmatan itu, kata presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, dalam satu wawancara bersama Berita Harian sempena ulang tahun ke-85 badan itu baru-baru ini.



Dr Hasbi berkata dengan demografi Singapura yang telah berubah, penting bagi Jamiyah terus memastikan program dan perkhidmatannya kekal relevan bagi masyarakat.



"Kebanyakan program dan projek yang ditubuhkan pada tahun- tahun lalu masih lagi kekal relevan hari ini, disebabkan visi kukuh mantan ketua badan ini, yang merancang untuk masa depan.



"Kumpulan kami kini memastikan kami boleh menambah nilai dalam program yang ada hari ini," kata beliau.



Dr Hasbi memberi contoh Jamiyah baru-baru ini melancarkan Pusat Jagaan Warga Tua dan Wad Demensia di Rumah Rawatan Darul Syifaa demi memenuhi keperluan masyarakat hari ini.



Ia juga akan melancarkan sebuah tajaka di Tampines pada lewat bulan depan untuk memenuhi permintaan bagi perkhidmatan tersebut di kawasan itu.



Tajaka itu boleh menampung sekitar 100 kanak-kanak, termasuk 10 tempat bagi penjagaan bayi.



Selain itu, kata Dr Hasbi, Jamiyah mahu memantapkan lagi dan memperluas keupayaan fakulti pengajaran di empat prasekolahnya supaya dapat memberi khidmat lebih berkesan.



Malah, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-85 badan itu, ia telah mula memperluas kerjasama dan rangkaiannya untuk lebih mendekati masyarakat, katanya.



Pada Januari lalu, Jamiyah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Pusat NTUC U Care (UCC) untuk menghulurkan pertolongan kepada penerima bantuan dalam mendapatkan pekerjaan tetap agar mereka dapat hidup lebih berdikari.



Badan itu juga membuka sebuah gudang Bank Makanan Jamiyah di Tannery Lane pada Mac lalu dengan tujuan membantu lebih ramai keluarga memerlukan.



Dengan kerjasama pihak akar umbi dan badan lain, program Bank Makanan itu sekarang membantu lebih 800 keluarga, ujar Dr Hasbi.



Menurut beliau, pelbagai program dan perkhidmatan Jamiyah diperluas sepanjang 80 tahun lalu bagi memenuhi keperluan masyarakat.



Dr Hasbi berkata pencapaian Jamiyah dalam sejarah badan itu boleh dibahagikan kepada tiga fasa.



Fasa pertama dari tahun pembentukannya oleh Allahyarham Maulana Abdul Aleem Siddique pada 1932 hingga 1970, apabila tumpuan badan itu lebih pada program dakwah.



Pada fasa kedua, apabila Allahyarham Haji Abu Bakar Maidin mula menerajui badan itu sebagai presiden pada 1970, beliau memperluas perkhidmatannya daripada dakwah hingga kepada kebajikan, pendidikan dan kesihatan.



Ini termasuk menubuhkan empat rumah tumpangan berbeza - Rumah Kanak-Kanak Jamiyah Darul Ma'wa, Rumah Orang-Orang Tua Jamiyah (Darul Takrim), Rumah Rawatan Jamiyah (Darul Syifaa) dan Rumah Peralihan Darul Islah.



Kini Jamiyah di fasa ketiga, dengan usaha memperkukuh lagi perkhidmatan dan programnya diteruskan, kata Dr Hasbi, yang menggantikan ayahnya, Allahyarham Haji Abu Bakar, sebagai presiden pada 2012.



Dr Hasbi berkata Jamiyah sedang giat dalam usaha membawa badan itu ke fasa selanjutnya.



Beliau berharap badan itu akan mencapai kemajuan lebih baik apabila ia menyambut ulang tahunnya ke-100 pada 2032, dengan pasukan kepimpinan masa depannya terus mengikuti visi dan misi pengasas badan itu.



"Salah satu yang kami lakukan ialah mendapatkan individu berpengalaman dan kepakaran luas.



"Ini demi memastikan kami bukan dapat melakar program dan perkhidmatan relevan sahaja, malah mempertingkat mutu perkhidmatan dari segi mengenal pasti keperluan masyarakat agar kami dapat berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan.



"Itulah sasaran kami bagi 15 tahun mendatang," kata Dr Hasbi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >