Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah mohon sumbangan makanan sedang permintaan bantuan meningkat semasa wabak Covid-19

Mar 21, 2021 | 08:26 PM



TERDAPAT kenaikan permintaan bagi bekalan makanan daripada penduduk yang pendapatan mereka terjejas oleh pandemik Covid-19, mengakibatkan bekalan berkurangan di Bank Makanan Jamiyah.

Jumlah keluarga yang meminta bantuan bekalan makanan daripada Bank Makanan Jamiyah telah melonjak 79 peratus tahun ke tahun kepada 866 pada  Disember tahun lalu, dan meningkat menjadi 920 pada bulan lalu.



Setiausaha Agung yang juga ketua pegawai operasi Jamiyah,  Encik Jaffar Mydin, meramalkan lebih banyak keluarga akan memerlukan bantuan bekalan  makanan tahun ini walaupun terdapat prospek pemulihan ekonomi.

“Walaupun ekonomi perlahan-lahan mulai pulih daripada wabak ini, ia akan memerlukan sedikit masa sebelum penerima bantuan kita dapat memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran mereka,” katanya kepada The Straits Times.



Beliau menambah, peralihan kepada keadaan prapandemik masih belum dapat dipastikan.

“Di Jamiyah, kami membantu benefisiari kami dalam mencari kestabilan kewangan dan tidak lagi memerlukan bantuan bekalan makanan sebelum kami memadamkan mereka daripada senarai penerima bantuan kami,” ujarnya.



Jamiyah mengedarkan pakej bekalan makanan setiap dua bulan. Ini mengandungi barangan seperti beras, minyak masak, sardin dalam tin dan bijirin.

Pertubuhan itu mengadakan acara ‘pandu lalu’ menyumbang  makanan pada Ahad (21 Mac) sebagai sebahagian kempen lebih luas untuk mengumpul dan menambah bekalan  di Bank Makanan  Jamiyah. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >