Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah, PA agih 1,000 pek 'Meat-for-Eid' kepada keluarga susah

May 16, 2020 | 08:11 PM



 





SEJUMLAH 1,000 pek makanan ‘Meat-For-Eid’ diagih kan hujung minggu ini kepada keluarga susah sempena Hari Raya Aidilfitri.



Usaha anjuran bersama Jamiyah Singapura dan Persatuan Rakyat (PA) itu bertujuan membawa keceriaan kepada golongan tersebut, dengan menyediakan bahan masakan juadah yang lazim dihidang ketika Aidilfitri.



Pada Sabtu (16 Mei) Anggota Parlimen bagi GRC Jurong Encik Tharman Shanmugaratnam, yang diundang sebagai tetamu kehormat acara itu, mengagihkan 162 paket ‘Meat-For-Eid’ kepada benefisiari di kawasan Taman Jurong.



Pek makanan itu mengandungi 2 kilogram daging, dua ekor ayam, sepaket beras 5 kilogram, sepaket pes rendang dan perata beku.



Lagi sejumlah 377 paket makanan juga telah dihantar ke rumah benefisiari di kawasan Punggol Coast dan Bukit Batok semalam.



Baki paket makanan diagih kepada keluarga susah di kawasan West Coast dan Tanjong Pagar-Tiong Bahru hari ini.



Ini merupakan tahun ketiga usaha itu dijalankan sejak 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >