PUSAT Pendidikan Jamiyah (JEC) akan memperluaskan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan dengan beberapa universiti Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai kelmarin.
Di bawah MOU yang ditandatagani dengan Kolej Universiti Islam Melaka, JEC dan universiti tersebut akan mengadakan pertukaran fakulti dan pelajar antara dua institut pengajian itu.