Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

SEKITAR RAMADAN

Jamiyah sediakan 4,600 set bento di 5 CDC sepanjang Ramadan

Bulan suci Ramadan ternyata membakar semangat ihsan dan memberi. Selain agensi dan pertubuhan masyarakat, semangat tersebut juga mekar dalam kalangan individu. BERITA HARIAN (BH) memapar beberapa inisiatif sedemikian.
Apr 29, 2021 | 05:30 AM



JAMIYAH Singapura akan menyediakan sebanyak 4,600 set bento kepada penerima di lima kawasan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sepanjang Ramadan, untuk dibuat juadah berbuka puasa.



Set bento iftar itu akan diagihkan selama setiap minggu di setiap kawasan - South East CDC, North East CDC, North West CDC, South West CDC dan Central CDC.



Tahun ini, Jamiyah akan mengagihkan set bento iftar ke sebanyak 920 keluarga, termasuk golongan ibu tunggal, warga emas, mereka yang kurang upaya, keluarga susah dan tidak mempunyai sebarang pendapatan.



Ini adalah peningkatan berbanding 547 keluarga tahun lalu.



Pengedaran set bento itu telah bermula sejak 13 April lalu hingga 10 Mei.



Kesemua set bento disediakan oleh Jeewa, sebuah cabang di bawah Jamiyah Singapura.



Bagi minggu kedua Ramadan, Jamiyah telah mengagihkan set bento iftar itu ke 145 keluarga di kawasan North-East CDC yang merangkumi kawasan GRC Aljunied, Hougang, Pasir Ris-Punggol, Punggol West, Sengkang dan Tampines.



Setiap keluarga akan menerima lima set bento, bermakna sebanyak 725 set bento diagihkan setiap hari di kawasan tersebut.



Untuk memastikan benefisiari menerima makanan yang berkhasiat, setiap set bento ada nasi, daging (lembu/ayam/ikan) dan sayur. Tambahan pula, menu set bento berbeza setiap hari.



Salah seorang relawan yang telah membantu mengagihkan set bento itu ialah Encik Muhammad Ridzwan Mohd Erfan.



Beliau telah mula membantu inisiatif ini sejak tahun lepas.



"Saya mendapat tahu inisiatif ini melalui saudara saya. Oleh kerana sudah membantu tahun lepas, saya rasa gembira untuk terus membantu, jadi tahun ini saya ingin membantu sekali lagi," ujar pemandu Grab berusia 36 tahun itu.



Antara benefisiari yang menerima set bento iftar itu ialah keluarga Encik Adil (bukan nama sebenar), 38 tahun.



Sebelum ini, beliau bekerja sebagai penhantar barangan.



"Cabaran bagi saya ialah saya tiada pendapatan sekarang, itu sahaja yang buat saya rasa lebih tertekan.



"Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana menerima bantuan makanan begini dapat membantu keluarga saya," ujar bapa enam anak berusia empat hingga 17 tahun itu.



Tambahan pula, kini beliau dan isterinya bantu menjaga lapan anak saudaranya kerana ibu bapa mereka di dalam penjara.



Keluarga Encik Adil juga mendapat bantuan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pejabat Perkhidmatan Sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >