Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah: Tindakan ganas di dalam atau luar negara tidak boleh diterima sama sekali

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



TINDAKAN keganasan sama ada di dalam atau luar negara, tidak kira ideologi atau kepercayaan agama, tidak boleh diterima sama sekali, kata Jamiyah Singapura.



Mengulas tentang kes seorang lelaki Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam peperangan di Yaman, Jamiyah berkata tiada kompromi bagi tindakan seperti itu, walau semurni mana niat seseorang.



"Kes itu menjadi lebih tidak boleh diterima apabila seseorang menjadikan dirinya ejen yang dibayar oleh kuasa asing," kata Jamiyah dalam satu pos di Facebook semalam.



Kelmarin, satu kenyataan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) mendedahkan bahawa Sheik Heikel Khalid Bafana, 48 tahun, telah ditahan di bawah ISA pada Mac 2019.



Heikel, yang berhijrah ke Yaman bersama keluarganya pada 2008, telah bertindak sebagai ejen yang dibayar sebuah kuasa asing.



Dia telah mengumpul risikan mengenai negara itu bagi kuasa asing itu dari sekitar 2012 hingga 2018.



Semasa berada di Yaman, dia juga telah membantu satu puak dalam perang saudara itu serta menawarkan diri untuk berjuang bersama puak tersebut.



Dia juga bertindak sebagai orang tengah antara puak itu dan kuasa asing itu, untuk mendapatkan peralatan tentera, bekalan dan dana bagi mengendalikan latihan tentera.



Jamiyah semalam menyifatkan tindakan itu sebagai "menjejas kepentingan dan nilai yang disanjungi kita semua dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura".



ISD dalam kenyataan semalam turut mengumumkan tiga warga Singapura yang sebelum ini ditahan di bawah ISA kerana terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan telah dibebaskan dan diletakkan di bawah arahan sekatan (RO).



Ini sedang mereka menunjukkan kemajuan baik dalam pemulihan mereka dan dinilai tidak lagi memberi ancaman yang memerlukan penahanan sebagai pencegahan.



Mengulas tentang pembebasan itu, Jamiyah berkata ini menunjukkan sikap ihsan dalam menjalankan hukuman terhadap pesalah.



"Jika dan bila pesalah jelas menunjukkan sesalan yang ikhlas dan bersedia untuk berubah apabila diberi bantuan untuk berbuat demikian, adalah wajar bagi undang-undang kita untuk dilihat sebagai bersikap ihsan, dan pihak berkuasa memberi pesalah sedemikian peluang kedua," kata Jamiyah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >