Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah umum Projek Permata bantu Alias Kadir

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



PELAWAK Alias Kadir, 58 tahun, kini telah kehilangan kedua-dua belah kaki selepas kaki kirinya dibedah pada 2017 akibat kencing manis, kaki kanannya pula terpaksa dipotong bulan lalu kerana gangren yang teruk.



Dengan keadaan kesihatan seiring komplikasi lain, beliau dijangka memerlukan rawatan panjang di hospital, disusuli sesi fisioterapi.



Justeru, untuk meringankan beban kos rawatan yang berterusan, Jamiyah Singapura semalam mengumumkan projek pengumpulan dana, Projek Permata dengan matlamat mengumpulkan sebanyak $100,000.



Bercakap di sidang akhbar semalam, Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata Alias merupakan antara selebriti yang secara aktif membantu program-program Jamiyah.



"Apabila saya diberitahu oleh Husin Saaban (pelawak dan eksekutif Perhubungan Awam Jamiyah) tentang keadaan Alias, saya sangat sedih kerana mengenangkan jasanya kepada Jamiyah. Saya anggap beliau berpengaruh... ibarat kalau ketua dah singsing lengan, yang lain semua ikut.



"Kami sama-sama membincangkan bagaimana kami dapat membantu meringankan beban kos rawatan. Kami sangat gembira kerana ramai personaliti termasuk artis dan sukarelawan lain mahu turut membantu," ujar Dr Mohd Hasbi.



Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah isteri kedua Alias, Cik Begum Jan Bee Mohd Ayub, 68 tahun; anaknya, Cik Nuraishah Osman, 31 tahun dan Encik Jumaat Azhar, 29 tahun.



Apabila ditanya tentang keadaan bapanya, Encik Jumaat berkata: "Keadaan ayah sangat serius."



Kata beliau, kaki kanan Alias terpaksa dipotong pada pertengahan Mei lalu apabila jangkitan kuman sudah sampai ke bahagian paha.



"Ayah mula-mula mengalami demam. Kami ingatkan terjangkit Covid-19. Tetapi ternyata gangren yang dialami semakin teruk sampai terpaksa potong kaki.



"Tetapi kemudian timbul isu dan komplikasi lain. Ada pendarahan dalaman. Ayah juga sukar bernafas," tambah Encik Jumaat.



Berdasarkan memo doktor dari Jabatan Vaskular yang merawatnya di Hospital Universiti Nasional (NUH) bertarikh 8 Jun yang dikongsi keluarga dengan Berita Harian, keadaan Alias yang menghadapi beberapa isu dan komplikasi termasuk jangkitan serius di kaki, radang paru-paru dan asidosis metabolik memerlukan rawatan panjang.



"Doktor kata harapan ayah untuk sembuh sepenuhnya adalah 50-50, bergantung kepada semangatnya untuk lawan sakit," tambah Encik Jumaat.



Cik Begum Jan Bee, yang masih dalam rawatan bagi sakit barah buah dada melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan.



"Alhamdulillah... ramai orang sayang... Alias ni nampak saja kelakar, tetapi dia sebenarnya sangat manja dan hatinya mudah tersentuh," kata sang isteri.



Menerusi Projek Permata, orang ramai boleh menderma secara dalam talian.



Acara kemuncak projek amal itu akan berlangsung pada 3 Julai, dengan beberapa personaliti dan selebriti membuat kemunculan secara maya, sama ada membuat persembaha seperti nyanyian, deklamasi sajak, memberi ceramah atau perkongsian lain yang menarik.



Antara selebriti yang akan turut serta termasuk Cef Mel Dean, BJ Kadir, pelakon Keater HM dan pemuzik Moliano Rasmadi.



"Alias adalah seorang sahabat yang sering ketengah kalau bantuannya diperlukan. Kini kami pula mahu berganding bahu dan mengharapkan sokongan semua untuk membantunya pula," kata BJ Kadir ketika ditemui semalam.



Husin sebagai penyelaras projek akan mengumumkan butiran acara kemuncak Projek Permata kemudian.




CARA BUAT SUMBANGAN



Paynow (UEN S61SS0055KJ04). Letak nama Alias Kadir di bahagian "reference"



Laman https: //forms.jamiyah.org.sg/donation



Secara tunai dan cek (dibayar kepada Jamiyah Singapore) di ibu pejabat Jamiyah di Lorong 12 Geylang (tulis Projek Permata Alias Kadir di belakang cek).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >