Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah, universiti Mesir meterai MOU teruskan kerjasama akademik

Jul 17, 2022 | 06:42 PM



PUSAT Pendidikan Jamiyah Singapura (JEC) dan Universiti Kafrelsheikh di Mesir akan terus menganjurkan bengkel dan kursus bersama-sama dengan penandatangan satu Memorandum Persefahaman (MOU) hari ini. (17 Julai) 



Pemeteraian MOU baru itu menandakan komitmen kedua-dua pihak untuk meneruskan kerjasama akademik yang telah terjalin sejak Oktober 2018, kata Jamiyah dalam satu kenyataan.



Pasukan Pendidik Profesional Universiti Kafrelsheikh akan menawarkan beberapa program bahasa Arab untuk penuntut di Singapura menerusi kaedah dalam talian, luar talian dan hibrid. 



Mereka yang selesai mengikuti program itu akan menerima sijil daripada Universiti Kafrelsheikh.



Program dengan pensijilan lebih formal seperti diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana boleh dijangkakan dalam tahun-tahun mendatang.



Penandatanganan MOU yang diadakan di Pusat Islam Jamiyah hari ini dilakukan dengan kerjasama Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), sebuah pertubuhan bagi menjana kesungguhan masyarakat Melayu/Islam sejagat agar cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi dan teknologi maklumat (IT).



Dalam ucapannya di majlis hari ini, Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata pertubuhan itu amat berbangga dan gembira bahawa Universiti Kafrelsheikh yang berprestij akan bekerjasama dengannya untuk menyediakan wadah bagi pelajar di rantau ini mempelajari bahasa Arab dalam bentuk yang betul dan untuk diperakui dan memperoleh akreditasi daripada sebuah universiti bahasa Arab asli. 



“Universiti Kafrelsheikh terkenal dengan kecemerlangannya dalam program dan kursus bahasa Arab, dan Jamiyah Singapura bertuah untuk mengurus dan menyediakan program ini kepada orang ramai,” katanya.



Beliau menambah pemeteraian MOU semalam akan memperkukuhkan juga kerjasama dengan DMDI. 



“Kami akan bekerjasama dengan DMDI untuk menawarkan peluang tidak ternilai ini kepada pelajar dalam 22 negara anggota DMDI untuk belajar dan memahiri bahasa Arab yang diperakui oleh Universiti Kafrelsheikh menerusi usaha kerjasama ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >