Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamuan istimewa bagi beruang panda Kai Kai dan Jia Jia sempena hari lahir

Sep 14, 2018 | 12:01 PM



Pasangan beruang panda di Singapura Kai Kai dan Jia Jia menyambut ulang tahun masing-masing dengan jamuan istimewa di River Safari pada Jumaat (14 September).



Kai Kai, beruang panda jantan, berusia 11 tahun hari ini, sementara Jia Jia, beruang panda betina, menyambut ulang tahun ke-10 pada 3 September.



Hadiah ulang tahun mereka kali ini ialah ‘kek’ menara bambu setinggi 1.2 meter yang disiapkan oleh penjaga mereka.



Menara itu dibuat daripada 17 kilogram bambu, epal dan lobak merah dan diletakkan di Giant Panda Forest di River Safari pada pagi tadi.



Menurut kenyataan Wildlife Reserves Singapore, yang mengendalikan River Safari, Kai Kai dan Jia Jia tidak sambar menjamu selera apabila melihat menara bambu itu.



“Kai Kai dan Jia Jia gemar makanan istimewa dan kami gemar memanjakan mereka,” kata Encik Hali Ali, seorang penolong kurator di River Safari. Beliau telah menjaga pasangan panda itu sejak mereka tiba di Singapura sekitar enam tahun lalu, katanya.



“Mereka dianggap bak keluarga oleh pasukan yang menjaga mereka,” kata Encik Ali, menambah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >