Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamuan malam buka tirai Rahat Pemimpin

May 05, 2015 | 09:44 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan isteri, Cik Ho Ching, menjadi hos jamuan malam privet di Sentosa Cove untuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Sri Rosmah Mansor.


Jamuan malam itu membuka tirai rahat pemimpin dua hari antara Encik Lee dan Datuk Seri Najib, dengan perbincangan dua hala bermula hari ini.


Agenda bagi rahat tahun ini, yang bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan Singapura-Malaysia, akan tertumpu kepada pembinaan laluan kereta api laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura 


Awal sebelum ini, Singapura telah menyatakan ia akan mengumumkan lokasi terminal kereta api itu di rahat ini. Tiga tapak telah dikenalpasti - Jurong East, Tuea West dan di kawasan bandar.


Malaysia pula telah mengumumkan terminalnya akan dibina dalam projek Bandar Malaysia, usaha untuk merubah kawasan lama Sungai Besi, kira-kira 3 kilometer daripada pusat kewangan Kuala Lumpur.


Ini merupakan rahat ke-enam antara dua perdana menteri itu. Rahat sebelum ini telah menghasilkan beberapa perjanjian penting, termasuk rancangan membina HSR yang dipersetujui semasa rahat 2013. Dengan pembinaan HSR, yang dijadualkan siap pada 2020, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Malaysia hanya akan memakan masa 90 minit.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >