Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamuan malam negara Rumah Putih bagi PM Lee 'tunjukkan hubungan rapat'

Jul 01, 2016 | 09:19 AM



MAJLIS jamuan malam negara yang Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, akan hoskan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ogos adalah isyarat jelas kepada Singapura dan dunia mengenai persahabatan dan rasa hormat antara dua negara ini, kata Duta Besar Amerika ke Singapura, Encik Kirk Wagar.



Singapura antara rakan paling kukuh Amerika di rantau ini, dan adalah platformnya untuk melibatkan diri di Asia, tambah beliau.



Encik Wagar berkata demikian pada Khamis (30 Jun) semasa majlis sambutan ulang tahun ke-240 Hari Kemerdekaan Amerika, yang jatuh pada 4 Julai, di Pusat Expo dan Konvensyen Marina Bay Sands.



Majlis tersebut juga menandakan 50 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dan Amerika.



Memetik dua lawatan Encik Lee ke Amerika tahun ini, dan lawatan oleh pemimpin pemerintah tertinggi kedua-dua belah pihak, Encik Wagar berkata ia menunjukkan kerjasama erat antara dua negara ini.



"Tetapi jamuan malam negara menunjukkan sesuatu yang luar biasa," katanya mengenai majlis jamuan malam Rumah Putih pada 2 Ogos itu nanti.



Lawatan rasmi terakhir ke Amerika oleh seorang Perdana Menteri Singapura ialah oleh mendiang Encik Lee Kuan Yew pada 1985.



"Rangkaian ikatan dan kerjasama keselamatan Amerika menjadi asas keamanan dan keselamatan dan kemakmuran Asia Tenggara. Singapura rakan kongsi kukuh dalam rangkaian ini," katanya.



Hubungan strategik antara Singapura dan Amerika berasaskan kerjasama antara tentea dengan tentera yang teguh, ujar Encik Wagar.



Kemuncak sambutan itu ialah apabila Cik Rohini Prabhaka, seorang pelajar berusia 16 tahun Sekolah Amerika Singapura, menyanyikan versi akapela lagu kebangsaan Singapura, Majulah Singapura, dan Amerika, Star-Spangled Banner, yang menerima tepukan gemuruh daripada 2,000 tetamu.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Lim Hng Kiang, berkata dalam sambutan itu bahawa Singapura sentiasa menghargai peranan unik Amerika dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >