Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAKANAN SIHAT

Jangan 'buang' gula sepenuhnya... tapi perlu bijak pilih makanan

Aug 13, 2018 | 05:30 AM



ADA antara kita yang kadangkala 'mengidam' makanan manis atau yang bergula.



Mungkin, anda juga suka makanan manis seperti kek onde-onde, aiskrim atau cendol.



Tiada masalah jika kita makan makanan seperti ini sekali-sekala. Namun ia agak membimbangkan jika ini jadi satu ketagihan.



Gula adalah bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan ia menyebabkan kandungan gula dalam darah kita merosot - selepas kita makan karbohidrat kurang baik seperti gula-gula dan biskut - menjejas bahagian otak yang mengawal perbuatan kita.



Justeru, kita boleh hilang kawalan diri dan mula mengidam makanan yang kurang sihat dan tinggi kandungan kalorinya.



Hasrat saya dalam artikel ini bukanlah untuk menggesa anda supaya terus 'membuang' gula daripada makanan harian, tetapi sekadar memberi cadangan untuk mengawal kandungan gula yang dimakan setiap hari.



1) Secara beransur-ansur



Ubah pilihan makanan semasa sarapan dahulu, sebelum cuba mengubah sajian makan tengah hari dan malam.



2) Kenal pasti tabiat anda berkaitan gula



Pastikan apa yang membuat anda mencari kudapan manis dan bergula.



Adakah anda berbuat demikian semasa menonton televisyen? Saya pernah menonton televisyen dengan ditemani sekotak coklat.



Namun, selepas saya sedar tabiat ini kurang sihat, saya mengubah coklat itu dengan kismis dan kacang.



3) Usah 'buang' gula sepenuhnya daripada makanan harian



Anda tidak seharusnya berbuat demikian, tetapi mengamalkan cara pemakanan yang lebih bijak dan lebih sedar tentang kesan tabiat pemakanan anda.



Anda boleh memilih untuk berkongsi makanan yang kurang sihat itu dengan rakan atau anggota keluarga, daripada menghabiskannya sendiri.




  • Nurul, 32 tahun, ialah seorang jurulatih yoga dan ketua pemulihan di 1-Habit - syarikat yang menawarkan khidmat bimbingan, penjurulatihan gaya hidup dan mengurangkan berat badan secara berkekalan.

Beliau menawarkan sesi uji cuba percuma bagi kelas yoga jika anda mendaftar di https://1habit.co/free-trial.



Anda juga boleh mengajukan soalan kepada Nurul di nurul@1habit.co jika anda mengalami otot kejang, masalah sendi atau isu bahagian tubuh lain.



Ikuti beliau @nooryogasg di Instagram.




Puding Biji Chia Dengan Kiwi Dan Mangga



UNTUK 4 HIDANGAN.



Masa diperlukan: 10 minit

*perlu disimpan semalaman dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Kalori: 222

Protein 7.2 gram

Karbo: 25 gram

Lemak: 9.2 gram



BAHAN A

1 ½ cawan susu

1 ½ sudu besar madu atau sirap mapel

Secubit garam

1 sudu teh sari vanila

6 sudu besar biji Chia



CARANYA:



Campur dan gaul bahan A dalam cawan atau mangkuk.



Letakkan dalam peti sejuk semalaman. Kacau campuran ini sekali lagi selepas beberapa jam.



BAHAN B

(Hiasan)

1 biji mangga

1 biji kiwi

1 sudu besar 'granola'

Segenggam kacang.



Gunakan mesin pengisar untuk mengisar mangga menjadi puri dan ketepikan.



Ulangi langkah ini untuk menyiapkan puri kiwi.



'MENYUSUN' HIDANGAN



1. Masukkan puding biji chia ke dalam jag atau gelas.



2. Masukkan puri mangga



3. Masukkan puri kiwi



4. Susun mangga (yang dipotong kiub), 'granola' dan kacang di atas lapisan kiwi



Baki bahan boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga dua hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >