Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERATUR PANJANG

Jangan buat pembelian panik

May 15, 2021 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan FairPrice Group, Encik Seah Kian Peng, mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru membeli lebih daripada yang diperlukan sedang rangkaian pasar raya terbesar di Singapura itu melihat lebih ramai pelanggan dan pembelian lebih besar di cawangannya setelah pemerintah mengumumkan sekatan lebih ketat pada tengah hari Jumaat (14 Mei).



Dalam satu kiriman Facebook, Encik Seah berkata: "Saya mahu memberi jaminan kepada orang ramai bahawa bukan hanya kita lebih bersiap sedia berbanding tahun lalu, inventori dan stok kami juga berada di paras lebih tinggi berbanding sebelumnya."



Beliau mengulangi mesejnya semasa Tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) dinaikkan daripada kuning kepada jingga pada Februari tahun lalu iaitu tidak perlu berebut membeli dan hanya beli barangan dan jumlah yang diperlukan.



"Cawangan-cawangan kami akan sentiasa dibuka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >