Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Setempat

Jangan percaya kenyataan palsu

Mar 18, 2015 | 10:55 PM

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin atau kenyataan palsu menyentuh keadaan mantan perdana menteri, Encik Lee Kuan Yew.

Pada masa ini terdapat beberapa kenyataan palsu yang disebarkan berkenaan keadaan Encik Lee, 91 tahun, yang sehingga kini masih dalam keadaan genting dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Singapura (SGH).

Sejauh ini belum ada sebarang maklumat terbaru yang diberikan Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung keadaan Encik Lee yang telah dimasukkan ke hospital sejak 5 Februari lalu, kerana menghidapi radang paru-paru.

Malah, PMO akan membuat laporan polis berkenaan kenyataan palsu yang telah disebarkan menyatakan tentang pemergian Encik Lee petang tadi.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian