ISU MEDIA SOSIAL
Jangan sangka orang 'tua' tak pandai FB, media sosial tau :)
Jun 13, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN sudah lanjut usia, Encik Midmin Amie, 68 tahun, kep menggunakan media sosial sebagai wadah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara beliau dengan rakan-rakannya di seberang Tambak.
Beliau, salah seorang mantan ahli kugiran (ringkasan bagi kumpulan gitar rancak) The Rhythm Boys yang popular dalam zaman 60-an, menyatakan bahawa beliau menggunakan Facebook untuk memuatnaik video atau gambar sesi latihan muzik yang beliau masih ceburi, bagi peminat kugiran itu.