Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangan sangka semua motosikal TP putih

May 19, 2016 | 08:49 AM



JANGAN terkejut jika penunggang motosikal hitam yang mengekori kenderaan anda memberi isyarat kepada anda supaya berhenti di bahu jalan.



Penunggang itu mungkin pegawai Polis Trafik (TP).



Motosikal hitam baru-baru ini turut digunakan TP, di samping motosikal putih, sebagai sebahagian "operasi penguatkuasaan yang dipertingkat terhadap pemandu yang melanggar aundang-undangingkar", kata jurucakap polis.



Atas sebab-sebab operasi, polis tidak dapat memberi maklumat lanjut mengenai motosikal baru itu, yang digambarkan oleh netizens sebagai sukar dikenal pasti dengan warna hitam mayangnya.



Namun, gambar motosikal baru TP itu telah dimuat naik dalam talian di sini minggu lalu.



Satu gambar disiar di Roads.sg, masyarakat keselamatan jalan raya dalam talian, dan dikongsi lebih 1,600 kali dan menarik lebih 100 komen daripada pengguna Facebook.



Dipercayai bahawa motosikal hitam digunakan bagi operasi tertentu TP, termasuk menangkap pemandu yang menggunakan peranti mudah alih semasa memandu.



Seramai 3,011 pengguna jalan raya - iaitu sekurang-kurangnya lapan sehari - ditangkap tahun lepas bagi kesalahan tersebut, menurut statistik TP.



Pihak berkuasa lalu lintas lain di seluruh dunia turut menggunakan pelbagai warna bagi kenderaan penguatkuasa mereka, agar ia kelihatan seperti kenderaan biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >