Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangan segan tanya hal berkaitan pendidikan anak

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



IBU bapa tidak harus dihambat perasaan 'segan' untuk meminta bantuan dalam mendidik atau mencari sumber pengetahuan bagi anak-anak mereka, kata Cik Nasyitah Yassin, pengasas bersama Yaa Bunayaa SG, sebuah pertubuhan yang antara lain menghimpunkan sumber pendidikan bagi kanak-kanak masyarakat Melayu/Islam Singapura.



Cik Nasyitah berkata ini kerana ada banyak sumber, seperti kumpulan sokongan bagi ibu bapa dan guru di sekolah, yang dapat membantu.



"Ada ibu bapa mungkin berasa mereka menunjukkan yang mereka tidak cukup berupaya apabila mereka meminta bantuan... malah apabila mereka mengajukan soalan walau sekali sahaja," ujarnya, yang pernah bertugas dalam sektor prasekolah.



Beliau berkata ibu bapa berfikiran sedemikian harus sedar mereka sebenar berhak bertanya dan tiada sesiapa akan mempersenda atau memandang serong terhadap mereka apabila mereka bertanya.



Masyarakat juga memainkan peranan untuk membantu ibu bapa sedemikian, kata Cik Nasyitah.



"Masyarakat lebih luas, dan bukan guru atau rakan-rakan sahaja, boleh memberi mereka sokongan dan ini sangat penting kerana ia memberi semangat kepada ibu bapa yang meminta bantuan.



"Ia juga boleh membantu mereka menjadi lebih yakin apabila berbuat demikian," ujarnya.



Cik Nasyitah berkata demikian semasa menyertai perbualan mengenai pendidikan dan strategi dalam mendidik anak-anak, dalam edisi khas podcast #notapis Berita Harian yang memberi fokus pada kempen Raikan Ilmu oleh Yayasan Mendaki, yang baru berakhir.




Masyarakat lebih luas, bukan guru atau rakan-rakan sahaja, boleh memberi mereka (ibu bapa) sokongan dan ini sangat penting kerana ia memberi semangat kepada ibu bapa yang meminta bantuan. Ia juga boleh membantu mereka menjadi lebih yakin apabila berbuat demikian.
- Cik Nasyitah Yassin, menekan peranan masyarakat dalam membantu ibu bapa dalam hal pendidikan anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >