Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangka hayat warga Singapura capai 85.4 tahun jelang 2040, ketiga terpanjang di dunia

Oct 17, 2018 | 11:31 AM



WARGA Singapura bakal mempunyai jangka hayat ketiga paling lama di dunia menjelang 2040, menurut satu kajian yang dilakukan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) Universiti Washington baru-baru ini.



Jangka hayat purata di Singapura dijangka mencecah 85.4 tahun.



Ini menjadikan Singapura negara ketiga dengan jangka hayat paling lama daripada 195 negara. Sepanyol menduduki tangga pertama dengan jangka hayat 85.8 tahun, sementara Jepun berada di tempat kedua dengan jangka hayat 85.7 tahun.



Jangka hayat kehidupan di Singapura pada 2016 ialah 83.3 tahun, menurut laporan The Straits Times.



Penyebab utama kematian di Singapura menjelang 2040 dijangka seperti berikut: jangkitan pernafasan rendah, penyakit jantung iskemik, penyakit Alzheimer, barah paru-paru, penyakit ginjal kronik, barah hati, barah kolon dan rektum, angin ahmar, penyakit jantung hipertensi dan penyakit kronik paru-paru obstruktif .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >