MEREKA yang mahu berkunjung ke Malaysia menerusi pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands pada hujung minggu panjang Deepavali ini boleh menjangka kesesakan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (19 Okt), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata aliran trafik menerusi kedua-dua pusat pemeriksaan telah mencapai tahap pra-Covid sewaktu tempoh sibuk, dan 80 peratus secara keseluruhan berbanding dengan waktu prapandemik.
“Pengunjung patut menjangka penangguhan dan dinasihati agar menyesuaikan rancangan perjalanan mereka, di mana boleh, untuk elak daripada terkandas dalam kesesakan trafik.
“Kami memohon kerjasama dan pemahaman pengunjung agar bersabar, mengikuti peraturan trafik, mengekalkan disiplin laluan dan bekerjasama dengan pengawai di kawasan tersebut apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat,” kata ICA.
Puncak hujung minggu panjang Deepavali pada 2019, pengunjung yang berangkat dan tiba melalui kereta telah perlu menunggu sehingga dua jam sebelum mereka melepasi imigresen.
Pihak berkuasa menasihati mereka yang melakukan perjalanan pada hujung minggu akan datang untuk mengambil kira waktu tambahan bagi melalui imigresen.
Deepavali jatuh pada 24 Oktober (Isnin).
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Jangka kesesakan jika ke seberang Tambak cuti Deepavali
Oct 19, 2022 | 09:20 PM