Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangkaan pelaburan $20b untuk sektor maritim

Mar 06, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR maritim Singapura boleh menjangkakan pelaburan lebih $20 bilion dari rakan kongsi industri pada 2024.



Ini akan membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor itu, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat di Parlimen semalam.



Jumlah syarikat pemula atau 'start-up' teknologi maritim juga akan bertambah tiga kali ganda kepada 100 pada 2025 berbanding 30 sekarang.



Ini di samping pelancaran program baru untuk membangunkan keupayaan dan menambah pengetahuan pemimpin sektor itu berkaitan isu maritim dan rangkaian perniagaan yang kukuh.



Dalam perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan semalam, Encik Chee berkata: "Kami sasarkan untuk mendapatkan $20 bilion yang merangkumi komitmen perbelanjaan perniagaan dari syarikat maritim dalam tempoh 2020 hingga 2024, dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan peluang untuk warga."



Ini termasuk dalam bidang undang-undang maritim, pengurusan perkapalan dan insurans marin.



Beliau membentangkan tiga sasaran yang akan diusahakan ekosistem maritim tempatan, iaitu supaya ia lebih bersepadu, inovatif dan inklusif.



Sektor maritim mencatatkan rekod yang baik tahun lalu dan semakin berkembang dan pelbagai, kata Encik Chee.



"Kami berjaya menarik 11 kumpulan perkapalan baru ke Singapura, dan bekerjasama dengan lapan syarikat maritim yang ingin memperluas operasi mereka di sini," katanya.



Untuk membina keupayaan untuk memanfaatkan lebih banyak peluang dan kekal berdaya saing, sektor maritim perlu menjadi ekosistem yang lebih bersepadu.



Memberikan perincian terkini tentang projek Pelabuhan Tuas, Encik Chee berkata:



"Kami akan selesaikan fasa pertama kerja-kerja penambakan akhir tahun ini."



Projek Pelabuhan Tuas, yang berukuran seluas dua Ang Mo Kio apabila selesai dibina, akan menyepadukan operasi PSA di Pasir Panjang, Keppel dan Brani.



Pelabuhan itu akan dilengkapkan kemudahan automatik seperti kren dan kenderaan tanpa pemandu.



Sementara itu, Encik Chee berkata sektor maritim juga perlu lebih inovatif.



Untuk itu pemerintah akan bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk mendorong lebih banyak usaha dan mengembangkan operasi mereka.



Antara langkah yang diperkenalkan termasuk tokokan $15 juta kepada Dana Inovasi dan Teknologi Maritim, langsung menjadikan dana keseluruhan bagi usaha penyelidikan dan pembangunan maritim kepada $100 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >