Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangkitan Covid-19 mungkin lebih tinggi tanpa vaksinasi

Langkah pengurusan selamat akan diperketat lagi bermula 8 Mei hingga 30 Mei; Semua gimnasium, pusat kesihatan ditutup dalam tempoh itu
May 05, 2021 | 05:30 AM



KADAR jangkitan Covid-19 dalam masyarakat mungkin lebih tinggi sekiranya Singapura tidak mengutamakan vaksinasi bagi golongan warga emas dan kakitangan penjagaan kesihatan sebelum ini.



Ini lebih-lebih lagi dengan wujudnya lebih banyak varian virus tersebut yang ditemui sejak beberapa hari kebelakangan.



Demikian menurut pengarah khidmat perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH) Profesor Madya Kenneth Mak semasa sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam.



"Kehadiran varian virus dalam kalangan kes-kes masyarakat yang disahkan mengesahkan lagi strategi kita untuk memvaksinasi semua pekerja kesihatan dan mengutamakan vaksinasi bagi warga Singapura yang lebih tua.



"Sekiranya kita tidak melakukannya, kelompok Hospital Tan Tock Seng (TTSH) akan jauh lebih besar pada saat ini dan kemungkinan kelompok itu tidak terkawal, jauh lebih besar," ujar Profesor Mak.



Beliau menambah bahawa ini juga menegaskan lagi kepentingan semua warga mendapatkan vaksinasi apabila peluang melakukan demikian diberikan.



Menurut beliau lagi, dalam 40 kes yang telah dilaporkan dalam kelompok TTSH, lapan daripada mereka merupakan asimpotomatik atau menunjukkan simptom ringan sahaja, dan kesemuanya tidak memerlukan terapi oksigen.



Namun, dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi daripada 40 kes tersebut, tujuh daripada 20 individu memerlukan terapi oksigen.



"Berdasarkan maklumat filogenetik awal yang tersedia, kelompok ini disebabkan oleh varian virus, tetapi vaksin nampaknya telah berhasil dengan baik menentang varian tersebut.



"Dalam ujian kami, mereka yang diuji dan telah menerima vaksinasi menunjukkan bukti antibodi terhadap protein bertambah yang membuktikan respons baik terhadap vaksinasi.



"Vaksinasi tidak menghalang anda daripada dijangkiti 100 peratus, namun ia akan melindungi anda daripada mendapat jangkitan teruk, dan ia memberi perlindungan dari segi menghalang daripada penularan seterusnya," jelas Profesor Mak.



Sementara itu, dalam sidang media yang sama, pengerusi bersama MTF bagi Covid-19, Encik Lawrence Wong berkata, langkah-langkah pengurusan selamat akan diperketat lagi bermula 8 Mei hingga 30 Mei.



Ini kerana varian-varian baru koronavirus Covid-19 lebih berjangkit dan menyebabkan kelompok lebih besar daripada sebelumnya, jelas Encik Wong yang juga Menteri Pendidikan.



Berkongsi lebih lanjut, beliau berkata hanya lima orang dibenarkan berkumpul kini, dan bukan lagi lapan orang.



Begitu juga bilangan pengunjung ke rumah yang dikurangkan daripada lapan orang sehari kepada lima orang sehari.



Majikan juga perlu memastikan tidak lebih daripada 50 peratus pekerja dibenarkan bekerja di tempat kerja pada satu-satu masa.



Sebagai syarat baru, ujian pra-acara akan diperlukan bagi acara keagamaan atau jemaah jika terdapat lebih daripada 100 peserta, terhad pada 250 peserta.



Ujian pra-acara juga diperlukan bagi majlis perkahwinan yang dihadiri lebih daripada 50 orang.



Pasangan pengantin yang berkahwin juga perlu mengambil ujian tersebut.



Bilangan pengunjung bagi acara pengebumian juga dikurangkan daripada 50 orang kepada 30 orang.



Semua acara sukan beramai-ramai akan digantung dan tiada penonton dibenarkan.



Bagi acara persembahan secara langsung dan acara perniagaan, hanya 250 orang dibenarkan, dengan ujian pra-acara diperlukan jika terdapat lebih daripada 100 hadirin.



Bilangan individu di pawagam juga dihadkan kepada 100 orang.



Menurut Encik Wong juga, semua gimnasium dan pusat kesihatan atau kecergasan tidak dibenarkan buka sepanjang tempoh itu.



Ini kerana tempat-tempat sedemikian merupakan tempat tertutup di mana individu yang tidak menggunakan pelitup berada dalam jarak dekat antara satu sama lain.



Penggunaan TraceTogether-only SafeEntry (TT-only SE), yang sebelum ini diumumkan akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 juga akan dipercepat dan akan dilaksanakan bermula 17 Mei 2021.



Dalam pada itu, Singapura akan melanjutkan tempoh notis jangan keluar rumah (SHN) daripada 14 hari kepada 21 hari bagi pelawat dari negara atau kawasan yang disifatkan berisiko tinggi.



Tempoh SHN itu akan dikenakan ke atas pengunjung dari semua negara kecuali Australia, Brunei, China, New Zealand, Taiwan, Hong Kong dan Macau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >