Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janil: Bina terus kemajuan cegah, kawal jangkitan demi hadapi wabak seterusnya

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



PENGALAMAN dua tahun melawan pandemik Covid-19 banyak mengajar Singapura agar bersiap sedia bagi masa depan tidak menentu.



Bercakap di majlis perasmian Kongres Antarabangsa Persatuan Kawalan Jangkitan Asia Pasifik, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, memberi penghargaan kepada pekerja barisan depan bagi jasa mereka yang tiada nilainya.



"Di tengah-tengah pandemik, doktor dan jururawat kawalan jangkitan kami melangkah ke barisan hadapan dalam pertempuran ini.



"Ramai di antara anda melebihi panggilan tugas untuk menyokong operasi kesihatan awam kami dalam masyarakat, dormitori pekerja migran, pusat pemeriksaan saringan, kemudahan pengasingan dan kemudahan ujian.



"Hari ini, kawalan jangkitan diamalkan bukan dalam tetapan penjagaan kesihatan sahaja, bahkan masyarakat kita," ujar Dr Janil.



Menurutnya, Kementerian Kesihatan (MOH) sentiasa bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pencegahan dan Kawalan Jangkitan (IPC) Kebangsaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam memacu program IPC untuk mengurangkan jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan.



Pencegahan dan kawalan jangkitan dalam tetapan penjagaan kesihatan sentiasa kritikal dalam melindungi penduduk yang terdedah di institusi penjagaan kesihatan.



"Sistem penjagaan kesihatan paling selamat ialah sistem yang mempunyai program pencegahan dan kawalan jangkitan teguh yang terdiri daripada protokol pengawasan, keupayaan ujian diagnostik dan peningkatan mutu, ditadbir oleh kakitangan terlatih dengan sokongan kepimpinan yang kukuh.



"Peri penting pencegahan dan kawalan jangkitan baik diketengahkan melalui pandemik Covid-19, yang menunjukkan betapa kekurangan asas pengetahuan kawalan jangkitan berpotensi mengakibatkan kelompok jangkitan terbentuk dalam masyarakat, tetapi kita tidak boleh leka.



"Kita mesti membina terus kemajuan yang telah kita capai sejak dua tahun lalu dan mengekalkan kewaspadaan kita, supaya kita bersedia menghadapi cabaran penyakit berjangkit seterusnya yang akan datang," ujar Dr Janil.



Di samping belajar daripada wabak dan menyelidiki semula proses sedia ada, usaha dari segi akademik untuk pertingkat ilmu dan kemahiran juga penting.



Dr Janil mengalu-alukan kerjasama antarabangsa dan pertukaran idea untuk meningkatkan keupayaan negara.



"Seperti yang dibuktikan oleh krisis kesihatan awam setakat ini, ia adalah pertempuran berpanjangan yang hanya boleh ditangani dengan sokongan dan kerjasama antarabangsa.



"Melangkah ke hadapan, Singapura akan bekerja rapat dengan semua rakan antarabangsa kami untuk membantu satu sama lain dan berkongsi ilmu untuk bersedia menghadapi wabak seterusnya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >