Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Janil: Sekitar 1% yang hadir bagi vaksinasi ditolak dek alahan, sebab lain

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 1 peratus warga yang hadir bagi mendapatkan vaksinasi tidak dibenarkan mendapat suntikan atas keprihatinan berhubung alahan dan keadaan yang boleh membuat mereka tidak layak menerima vaksin.



Hampir 98 peratus mereka yang telah membuat janji temu bagi vaksinasi Covid-19 sepanjang 30 hari lalu menghadirkan diri bagi janji temu mereka.



Ini bermakna sekitar 2 peratus tidak menghadirkan diri.



Perangkaan itu telah didedahkan Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan, Dr Janil Puthucheary di Parlimen semalam sebagai memberi respon kepada soalan pengerusi Parti Pekerja, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) mengenai bilangan mereka yang telah ditolak mendapatkan vaksin.



Cik Lim juga telah bertanya tentang rancangan mengurangkan pembaziran vaksin.



Sebagai respon, Dr Janil berkata tiada pembaziran vaksin berlaku akibat mereka yang tidak hadir bagi vaksinasi mereka atau mereka yang tidak mendapat suntikan atas keprihatinan mengenai isu seperti alahan.



"Kami memantau dengan rapi tempahan janji temu dan kadar sejarah mereka yang membuat janji temu dan menghantar jumlah dos vaksin yang sewajarnya ke pusat vaksinasi," katanya.



Bebuli vaksin yang tidak dibuka boleh disimpan di pusat vaksinasi bagi sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari dan kakitangan yang memberikan suntikan akan hanya memulakan bebuli baru hanya apabila mereka telah memeriksa bahawa terdapat individu yang sedang menunggu vaksinasi bagi mengelakkan pembaziran vaksinasi.



Terdapat juga senarai awal individu yang akan diundang untuk divaksinasi dengan menggunakan baki bebuli dos berbilang sekali gus mengurangkan pembaziran, kata Dr Janil.



Ini mungkin melibatkan kakitangan yang bekerja di pusat vaksinasi atau sukarelawan di barisan hadapan yang mempunyai peranan aktif dalam mendekati warga tua mengenai vaksinasi.



"Kami menggalak semua orang untuk divaksinasi apabila tiba giliran mereka, dan hadir bagi janji temu vaksinasi yang telah dibuat agar anda tidak mensia-siakan peluang untuk orang lain mendapatkannya," tambahnya.



Sebagai respon kepada Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten) yang bertanya jika rakyat Singapura boleh memilih mendapatkan vaksinasi awal sekiranya mereka perlu keluar negara untuk bekerja dan belajar, Dr Janil berkata saluran rayuan telah dibuka sejak 16 Mac bagi rakyat Singapura dan penduduk tetap yang perlu keluar negara atas sebab belas ihsan, atau bagi pekerjaan atau tujuan belajar.



"Kami akan memberi keutamaan kepada rayuan yang mempunyai tarikh perjalanan keluar negara awal jika mereka dapat menamatkan proses dua dos sebelum berangkat," katanya.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan menjalankan lebih banyak kajian untuk memantau dan menyemak keberkesanan dan tempoh imuniti yang ditawarkan vaksin Covid-19, kata Dr Janil.



Ini termasuk mengumpul sampel pos vaksinasi terpilih daripada kumpulan seperti pekerja jagaan kesihatan, kakitangan di barisan hadapan dan warga tua, untuk memantau kekuatan antibodi sehingga 24 bulan.



Sejajar dengan amalan antarabangsa, tiada rancangan menjalankan ujian serologi terhadap semua yang telah menjalani vaksinasi di Singapura, katanya sebagai respon kepada Encik Murali Pillai (Bukit Batok) yang bertanyakan jika MOH ingin mengukur paras antibodi selepas seseorang telah divaksinasi untuk menilai jika mereka dapat mengekalkan imuniti terhadap virus itu.



Lebih banyak perincian mengenai kajian itu akan dikongsi apabila ia tamat kelak, katanya lagi.




SILA HADIR SELEPAS BUAT TEMPAHAN



"Kami memantau dengan rapi tempahan janji temu dan kadar sejarah mereka yang membuat temu janji dan menghantar jumlah dos vaksin yang sewajarnya ke pusat vaksinasi... Kami menggalak semua orang untuk divaksinasi apabila tiba giliran mereka, dan hadir bagi temu janji vaksinasi yang telah dibuat agar anda tidak mensia-siakan peluang untuk orang lain mendapatkannya."
- Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan.



BUAT RAYUAN



"Kami akan memberi keutamaan kepada rayuan yang mempunyai tarikh perjalanan keluar negara awal jika mereka dapat menamatkan proses dua dos sebelum berangkat."
- Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >