Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janil: Teknologi ubah cara bekerja, perlu kemahiran baru

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



TEKNOLOGI dan mesin bijak tidak akan melenyapkan pekerjaan sama sekali, tetapi ia akan mengubah cara pekerjaan itu dilakukan, dan mampu untuk terus menambah nilai dengan kemahiran sewajarnya.



Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, dalam ucaptama di Simposium St Gallen Forum Singapura di Universiti Nasional Singapura (NUS) kelmarin.



"Teknologi yang berubah dan mesin yang kian bijak akan terus mengubah cara kita bekerja dan hidup. Tetapi kita akan terus bekerja dan menambah nilai dalam kehidupan dengan kemahiran sewajarnya," ujar Dr Janil.



Beliau memberi contoh Terminal 4 di Lapangan Terbang Changi yang mengautomasikan banyak proses tetapi tidak melenyapkan pekerjaan, bahkan telah mengerah kakitangan melakukan kerja lain dan bekerja di samping komputer dan mesin.



Satu lagi contoh ialah kren automatik yang digunakan di terminal baru di Pasir Panjang yang perlu dikendali pakar kren yang dilatih semula bagi pekerjaan yang berubah itu.



Selain itu, perkhidmatan seperti sektor penjagaan kesihatan juga boleh meraih manfaat daripada peningkatan produktiviti yang dibawa automasi.



Oleh itu, teknologi boleh memudahkan pekerjaan selagi pekerja bersedia ingin belajar dan menyesuaikan diri, kata Dr Janil.



Ini membawa kepada perubahan terbesar bagi pekerja untuk terus menjadi pelajar seumur hidup.



"Zaman terpisahnya tahun-tahun pembelajaran dan tahun-tahun pekerjaan telah berakhir. Sekarang, kita harus menjadi pelajar sepanjang hayat.



"Kita harus mudah menyesuaikan diri, fleksibel dan bersedia merebut peluang - berupaya menukar strategi, meraih kemahiran dan keupayaan bergantung pada keperluan semasa," ujarnya.



Tambah beliau, gerakan nasional SkillsFuture bertujuan memberi peluang kepada warga Singapura membangun kemahiran mereka dalam pelbagai tahap kehidupan dan kerjaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >