Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Janji temu harus dibuat bagi vaksinasi Covid-19 di poliklinik

Jul 23, 2022 | 05:30 AM



INDIVIDU yang ingin dapatkan vaksinasi Covid-19 di poliklinik kini perlu buat tempahan janji temu untuk berbuat demikian.



Ini akan membolehkan 23 poliklinik di sini menangani pesakit yang lebih memerlukan jagaan kesihatan dengan lebih baik, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Sepanjang dua minggu lalu, terdapat kenaikan mendadak purata angka pesakit dengan jangkitan pernafasan akut - akibat Covid-19 serta jangkitan lain - di poliklinik, jelas MOH.



"Hanya warga senja berusia 80 tahun ke atas boleh terus masuk sahaja untuk dapatkan vaksinasi mereka," MOH menambah.



Sebaliknya orang ramai digalak pergi ke salah satu daripada 10 pusat ujian dan vaksinasi bersama di serata pulau untuk vaksinasi mereka.



Tiada janji temu diperlukan untuk lawatan sedemikian.



Sementara itu jabatan kecemasan golongan dewasa di hospital awam menangani sekitar 2,500 pesakit sehari sepanjang dua minggu lalu, naik daripada kadar biasa sekitar 2,000 pesakit, kata MOH.



Sementara jabatan kecemasan kanak-kanak di Hopital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH) menyaksikan sekitar 680 pesakit sehari sepanjang dua minggu lalu, naik daripada kadar biasa sekitar 450 pesakit setiap hari.



Sekitar 40 peratus daripada kes-kes ini tidak memerlukan jagaan kecemasan, kata MOH, sambil menambah bahawa kes sedemikian di jabatan kecemasan mengalihkan tumpuan jagaan perubatan daripada mereka yang benar-benar memerlukan perubatan segera.



Justeru, ia menggesa orang ramai agar hanya dapatkan rawatan perubatan di jabatan kecemasan hospital bagi kecemasan serius atau yang mengancam nyawa, seperti sakit dada, sukar bernafas dan pendarahan tidak terkawal.



Ini akan membolehkan mereka yang sakit teruk yang memerlukan jagaan kecemasan diberi bantuan secepat mungkin dan ini membantu mengekalkan kapasiti hospital bagi mereka yang benar-benar memerlukan jagaan hospital akut.



MOH menambah bahawa sedang jumlah kehadiran yang ramai dan tempoh menunggu yang lebih lama mungkin membuat pesakit dan keluarga mereka berasa marah, mereka patut melayan pekerja jagaan kesihatan dengan hormat, dan tidak mengganggu atau mendera mereka.



"Pekerja jagaan kesihatan kita terus bekerja keras bagi memastikan pesakit menerima jagaan perubatan yang mereka perlukan," kata MOH lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >