Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Jarak selamat ketika solat jemaah di masjid ditiadakan mulai 17 Mac

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Jarak selamat ketika solat jemaah di masjid ditiadakan mulai 17 Mac

Mar 14, 2022 | 05:12 PM

BERIKUTAN penyelarasan peraturan pengurusan selamat mengikut garis panduan negara, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan pada Isnin (14 Mac) bahawa ia akan membuat penyelarasan terhadap jarak selamat untuk solat berjemaah di masjid.

Perubahan itu akan berkuatkuasa Khamis, 17 Mac 2022.

Menulis di Facebook, Muis berkata:

"Alhamdulillah, selaras dengan penyelarasan peraturan mengikut garis panduan negara, sukacita dimaklumkan bahawa kami dapat membuat penyelarasan jarak selamat untuk solat berjemaah di masjid."

Menjawab pertanyaan Berita Harian, Muis menjelaskan bahawa ini bermakna jarak selamat tidak lagi akan dikenakan semasa solat berjemaah di masjid-masjid di sini mulai 17 Mac.

Muis menambah di Facebook bahawa ia masih akan meneruskan tempahan slot bagi solat Jumaat, keperluan membawa sejadah dan telekung sendiri ke masjid, serta pemakaian pelitup di masjid ketika solat.

Tempahan slot bagi solat Jumaat pada 18 dan 25 Mac akan dibuka esok (Selasa, 15 Mac) pada 10 pagi melalui https://ourmosques.commonspaces.sg atau aplikasi Muslim.sg.

Muis berkata pihaknya akan mengeluarkan butiran lanjut mengenai perubahan terkini dalam beberapa minggu mendatang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3