Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Jaringan Lacazette pada saat akhir selamatkan Arsenal

Gol penyamaan pada hujung masa kecederaan dalam keputusan 2-2 kecewakan pengurus Palace Patrick Vieira
Oct 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Crystal Palace Patrick Vieira berkata cara gawang pasukannya dibolosi oleh Arsenal untuk mengakhiri perlawanan Liga Perdana England (EPL) kelmarin dengan keputusan seri amat mengecewakan.



Alexandre Lacazette menjaringkan gol penyamaan yang menjadikan keputusan 2-2 pada penghujung masa kecederaan, untuk mengadang Vieira, yang dianggap sebagai salah seorang legenda di Arsenal, daripada menang di Stadium Emirates.



Lacazette menerkam bola yang melantun ke arahnya selepas Palace gagal menendang keluar bola setelah percubaan Gabriel Martinelli diselamatkan.



Perlawanan itu bermula dengan baik bagi Arsenal, apabila kapten dan penyerang utama Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkang gol selepas Vicente Guanita menyelamatkan percubaan Nicolas Pepe.



Namun, Palace bangkit selepas gol itu sementara Arsenal mengurangkan tempo perlawanan, dan Christian Benteke berjaya menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.



Jordan Ayew merampas bola dari Thomas Partey dan mengumpannya kepada Benteke, yang tidak mensesiakan peluang itu untuk merembat bola ke penjuru gawang.



Palace terus mempertingat tempo perlawanan dan pada minit ke-73, menjaringkan gol kedua yang disangka gol kemenangan baginya.



Kali ini, Conor Gallagher merampas bola dari Albert Sambi Lokonga di bahagian padang Palace, sebelum mengatur serangan balas yang diakhiri dengan Odsonne Edouard merembat bola kencang ke dalam gawang.



Kieran Tierney hampir menyumbat gol penyamaan bagi Arsenal pada penghujung 90 minit perlawanan, tetapi percubaannya terkena palang gol.



Insiden itu disambut dengan keluhan kecewa penyokong pasukan tuan rumah, tetapi Lacazette berjaya menjaringkan gol penyamaan sejurus selepas itu, yang menyelamatkan Arsenal daripada kekalahan keempat selepas lapan perlawanan.



Bercakap kepada BBC pada akhir perlawanan, Vieira berkata:



"Saya amat kecewa kerana kami berjuang hingga wisel penamat dan layak menang semua tiga mata. Saya kasihan melihat mereka.



"Pada masa sama, saya suka semangat juang dan tekad yang ditunjukkan mereka hari ini dan kami berjaya merampas bola di bahagian padang lawan.



"Inilah aspek permainan kami yang ingin kami pertingkat... untuk bersikap lebih agresif."



Sementara itu, Arsenal turut berasa hampa tetapi kerana keputusan pengadil tidak memberi kad merah terhadap James McArthur.



Pemain itu dilihat sengaja menendang Bukayo Saka pada separuh masa pertama tetapi hanya dilayangkan kad kuning.



Saka cedera akibat tendangan itu dan terpaksa digantikan pada separuh masa kedua.



"Adalah jelas ia satu kad merah," kata pengurus Arsenal Mikel Arteta.



"Pemain itu tiada hasrat merampas bola."



Keputusan itu bermakna Arsenal mendaki ke tangga ke-12 liga dan Palace terus berada di tangga ke-14 selepas meraih keputusan seri ketiga berturut-turut.



Chelsea terus mendahului pasukan lain di puncak liga, diikuti Liverpool di tangga kedua dan Manchester City di tangga ketiga. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >