Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasa bekas posmen Pulau Ubin dikenang

Allahyarham Haron Jomahat juga pernah berkhidmat sebagai imam dan bilal Masjid Darul Ghufran
Feb 19, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Pulau Ubin cukup kenal dengan Allahyarham Haron Jomahat sebagai posmen yang setia berkhidmat di kawasan itu selama lebih 14 tahun.



Ramai jemaah Masjid Darul Ghufran di Tampines pula mengenali Allahyarham Haron sebagai mantan imam dan bilal serta 'orang lama' masjid itu.



Bagi anggota keluarganya pula, Allahyarham merupakan bapa yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya, walaupun sibuk dengan kerja di luar, kata anaknya Encik Zainal Abidin Haron.



"Allahyarham adalah seorang insan yang baik dan penyayang.... sering berpesan agar kami jaga agama dan beramal.



"Walaupun sibuk dengan kerja di masjid, Almarhum tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Kami sekeluarga terasa sangat kehilangannya," kata Encik Zainal, anak kelima dalam enam adik beradik, kepada Berita Harian.



Allahyarham Haron meninggal dunia pada usia 81 tahun pada kira-kira 2.55 pagi Selasa lalu di rumah anak perempuannya di Pasir Ris.



Menurut Encik Zainal, bapanya itu mengalami pneumonia. Sebelum ini, Allahyarham juga menghidapi penyakit kronik jantung.



Pada 2015, Allahyarham pernah dipaparkan dalam media sebagai antara posmen yang paling lama berkhidmat.



Di Pulau Ubin, beliau menghafal setiap alamat rumah penduduk pulau itu.



Dalam laporan The Straits Times pada 2015, penghulu kampung Pulau Ubin Encik Chu Yok Choon berkata Encik Haron merupakan seseorang dikenali ramai penduduk.



"Saya menghormatinya kerana menghantar surat kami walaupun dalam usia lanjutnya," kata Encik Chu.



Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai imam dan bilal sambilan di Masjid Darul Ghufran, sejak awal 2000 hingga 2014, dan dikatakan tetap rajin ke masjid itu sebagai jemaah selepas bersara.



"Almarhum sering ke masjid walaupun setelah berhenti jadi imam dan bilal. Beliau jemaah tetap di sini. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah mungkin sekitar bulan lepas, apabila beliau menegur sapa dan kami berbual seketika," kata imam eksekutif Masjid Darul Ghufran, Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab.



"Ketika Almarhum masih sihat, beliau akan berjemaah di masjid pada setiap waktu. Apabila sudah kurang sihat, beliau selalunya datang pada waktu Zuhur atau Asar.



"Almarhum orang lama di masjid ini dan boleh dianggap antara wajah yang dikenali di masjid ini," tambah Ustaz Jamaluddin sambil mengenang jasa Allahyarham kepada masjid itu.



Menurut Ustaz Jamaluddin, solat jenazah untuk Allahyarham di Masjid Darul Ghufran pada Selasa lalu penuh dengan mereka yang mahu memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sehingga ia dibuat sebanyak dua sesi.



Mengikut peraturan Covid-19, masjid hanya dapat menampung 30 orang setiap sesi solat jenazah dan maksimum dua sesi sahaja.



"Kehadiran jemaah yang tiba di masjid begitu ramai. Sebelum itu pun, keluarga dan kenalan rapat sudah adakan solat jenazah di rumah," tambah Ustaz Jamaluddin.



Pemergian Allahyarham telah dikongsikan di halaman Facebook Masjid Darul Ghufran.



Salah seorang pengguna Facebook, Encik Ismail Sapari, yang berkata beliau mengenali Allahyarham sejak di bangku sekolah.



"Beliau ibarat bapa, teman dan guru pada tahun 80-an... Beliau antara pendorong saya untuk mendalami bidang agama. Hati beliau sentiasa terpaut ke masjid untuk menunaikan solat fardhu, sehingga akhir-akhir hayatnya juga asyik ingin ke masjid," kata Encik Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >