Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasa budak 12 tahun bantu mangsa nahas jalan raya disanjung

Jun 03, 2016 | 07:59 AM



SEORANG murid darjah enam diberi Anugerah Kemasyarakatan Awam oleh Pasukan Pertahanan Awan Singapura (SCDF) pada Khamis (2 Jun) kerana membantu mangsa satu kemalangan jalan raya.



Ashwin Gunasekaran, 12 tahun, bergegas untuk membantu mangsa kemalangan itu sedang orang lain di situ menurutnya "terlalu sibuk mengambil gambar dengan telefon mereka daripada membantu".



Murid Sekolah Rendah Yishun itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan rakan-rakannya Selasa lalu apabila dia ternampak kemalangan membabitkan dua kereta di Yishun itu.



Walaupun diberitahu kawan-kawannya bahawa mungkin berbahaya, Ashvin pergi membantu salah seorang pemandu itu - seorang wanita hamil yang katanya menangis dan dalam kesakitan.



Dia juga periksa apakah pemandu yang seorang lagi - pegawai SCDF - dalam keadaan baik, dan menunggu ambulans yang dihubungi seorang lagi orang yang lalu di situ sebelum meninggalkan tempat kejadian.



Bercakap kepada media semalam, Ashvin berkata: "(Mangsa) tidak menjerit meminta tolong, dan saya bimbang kemalangan itu mungkin membawa maut."



Ibunya, Cik Swares Helen Louisa, seorang suri rumah berumur 50 tahun, berkata beliau mendidik Ashvin supaya berhati baik sejak dia kecil.



Sementara itu, ramai pengguna Internet memuji Ashvin dan ada mengkritik mereka yang mengambil gambar kemalangan tersebut tetapi tidak pergi membantu mangsa kemalangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >