Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasawan prihatin cabaran masyarakat di era digital

Oct 16, 2021 | 05:00 PM



SEMASA beliau membesar, Encik Sallim Abdul Kadir sudah biasa melihat kedua-dua datuknya menyingsing lengan membantu masyarakat seberapa boleh.



Malah, bapanya, Haji Abdul Kadir Haji Mansoor Alkadree, juga sering menggalak beliau membuat kerja kebajikan.



Maka tidak mengejutkan jika sifat suka menghulurkan bantuan dan melakukan kerja kemasyarakatan itu sudah lama sebati dalam jiwa Encik Sallim, 66 tahun.



Sepanjang 25 tahun lalu, beliau giat berkhidmat dengan pelbagai pertubuhan dan jawatankuasa





Ini termasuk memainkan peranan sebagai pengerusi lembaga pengarah Warees Halal dari 2017 hingga sekarang, anggota majlis Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dari 2004 hingga 2019, anggota lembaga pengarah Yayasan Mendaki dari 2004 hingga sekarang serta anggota Warees Investments dari 2008 hingga sekarang. Beliau kini turut terlibat dalam jawatankuasa yang menentukan anggota majlis Muis sejak 2019.



Bakti mantan akauntan yang kini separa bersara itu bukan sekadar di peringkat masyarakat kerana beliau turut meluangkan masa dengan badan dan jawatankuasa di peringkat nasional.



 



Encik Sallim antara lain pernah memainkan peranan selaku anggota Majlis MediShield Hayat, anggota Jawatankuasa Penasihat Tanda Aras Bayaran Kementerian Kesihatan (MOH) dan anggota lembaga Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).



Beliau kini juga bendahari kehormat Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) dan terlibat dengan Panel Pembangunan Modal Insan NCSS.



Menurutnya, masyarakat minoriti juga mempunyai peranan menyumbang di peringkat nasional selain di peringkat masyarakat.



“Lebih penting lagi bagi saya, jawatankuasa (nasional) itu juga memerlukan perwakilan daripada masyarakat (minoriti)... untuk turut mengambil kira keperluan mereka,” ujarnya.



Sumbangannya yang cemerlang dan meluas itu diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Anugerah Jasa Cemerlang Muis tahun ini.



Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob dalam satu upacara menerusi wadah Zoom hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >